Pengenalan
Surat khabar di zaman alaf baru ini dianggap satu komoditi. Perniagaannya tidak terbatas kepada penjualan berita tetapi pengiklanan dan sebagainya. Pengaruh surat khabar dinilai dengan sasaran edarannya. Jika edarannya tidak meresapi seluruh pelusuk tanah air ianya bukanlah dinamakan surat khabar tetapi bahan bacaan sebaliknya. Edaran surat khabar yang terbanyak menentukan sikap akhbar tersebut ada pertembungan dengan rakyat ataupun khalayak. Khalayak ingin memperolehi khabar yang banyak merakyatkan berita di dalamnya. Bayaran senaskhah surat khabar perlulah setimpal dengan bahan-bahan yang dipaparkan.
Surat khabar mempunyai sejarahnya; tetapi ia berlainan daripada sejarah biasa. Sebagaimana yang sering diandaikan oleh golongan bermoral, media cetak, sebagaimana ia wujud, bukanlah daripada ciptaan sengaja kumpulan kecil manusia yang hidup. Sebaliknya ia adalah hasil ciptaan proses sejarah dan ramai individu mengambil bahagian tanpa melihat terlebih dahulu apakah hasil usaha terakhir mereka itu. Surat khabar sebagaimana bandar raya moden pada keseluruhannya, bukanlah merupakan penghasilan yang rasional. Tidak ada seorangpun yang duba menjadikan apa yang ada padanya. Di sebalik segala usaha individu dan generasi manusia mengawal dan mewujudkan sesuatu berdasarkan kehendak hati mereka, ia terus tumbuh dan berubah dengan cara tersendiri.[1]
Menyingkap sejarah secara ringkas persuratkhabaran di Amerika adalah bermulanya Boston News-Letter yang diterbitkan oleh penguasa pos. Peranan posmen menghantar surat sekaligus mengedar surat khabar yang dianggap sebagai risalah biasa. Risalah tersebut memuatkan pengumuman penting rakyat berkaitan dengan kehidupan sosial mereka. Setiap hari risalah sampai ke pengetahuan masyarakat sehingga mereka terbiasa dengannya. Makanya, lahir surat khabar yang benar-benar wujud sebagai wadah penyebaran maklumat secara menyeluruh. Permulaan dengan the gazzette maka persuratkhbaran mencatat tinta sejarah pertama dunia.
Dunia persuratkhabaran mulai melalui detik-detik kegemilangannya memenuhi keperluan yang amat terhad kerana pengeluarannya yang terlalu minima kerana pelbagai masalah. Antaranya teknologi percetakan pada awal keluarannya amat mengecewakan. Begitulah resapan era persuratkhabaran di tanahair melalui detik-detik perkembangan awalnya pada 1 Mac 1806 akhbar yang berjudul The Goverment Gazette. Ketika itu masyarakat menyambut baik kemunculan akhbar tersebut yang menyiarkan pengumuman rasmi, berita dan iklan.
Pada permulaan penerbitannya akhbar tersebut diletakkan dibawah pengawasan residen british dan raja-raja melayu yang menjadi pak turut Inggeris (British). Suratkhabar sebagai wadah penyebaran maklumat, berita dan pelbagai lagi yang boleh mendidik rakyat dan membangunkan mentaliti mereka. Mentaliti mereka didedahkan dengan penyebaran akhbar yang ketika itu cuma berharga 15 sen senaskhah.
Kerajaan penerajuan orang putih tidak memberikan kebebasan sepenuhnya kepada syarikat akhbar dalam penerbitannya. Ini kerana, akan menyebabkan rakyat yang terdiri daripada wartawan boleh menyebarkan semangat bencikan Inggeris. Kebebasan mutlak kepada syarikat akhbar menyiarkan pelbagai rencana dan sebagainya boleh melumpuhkan jentera kerajaan British.
Akhbar Wadah Maklumat
“Saya lebih rela hidup dalam sebuah negara yang mempunyai akhbar tanpa kerajaan daripada hidup di sebuah negara yang mempunyai kerajaan tanpa akhbar”. Ungkapan ini adalah daripada Thomas Jefferson sebagai memperlihatkan surat khabar boleh memimpinkan masyarakat secara senyap dan berkesan. Kerajaan yang memerintah sering menggunakan arahan dan perintah menyebabkan rakyat tertekan dan cepat bosan. Kebosanan masyarakat sering dikaitkan dengan pemerintahan yang kuku besi menidakkan pemikiran, luahan dan kritikan mereka. Rakyat tidak diberikan mengeluarkan pendapat yang bertentangan dengan dasar kerajaan. Kerajaan menidakkan kebolehan rakyat memberi kritikan yang membina seolah-olah mengugat kewibawaan pentadbiran kerajaan.
Sesungguhnya tugas akhbar adalah penyambung lidah rakyat disamping mereka perlu mengetahui fakta sebenar setiap yang berlaku dalam negaranya. Rakyat yang memilih kerajaan dan rakyat pula perlu mengetahui apakah yang sedang berlaku dalam jentera kerajaan. Kerajaan yang dipilih oleh rakyat tidak boleh sewenang-wenangnya menuding jari kepada rakyat. Rakyat yang terdedah dengan ICT akan menolak pendirian kerajaan yang menidakkan kepentingan mereka, kerana janji-janji ketika kempen pilihan raya perlu dikotakan tetapi bukan dimungkiri. Kaedah mendidik dan memimpin rakyat perlu ada batas-batas tertentu mengikut saluran logik akal.
Penerimaan akal rakyat banyak bergantung pada pendidikan yang diperolehi oleh mereka. Rakyat di sekitar tahun 1990-2002 dan seterusnya lebih pintar dan cekap dalam segala hal kerana didedahkan dengan ICT. Berita dan maklumat seluruh jagat raya cuma dihujung jari dapat diperolehi walaupun di mana-mana seseorang berada.
Menerusi blog, Email dan alat komunikasi masakini boleh memberi pendapat dan berhujah mengutuskannya seluruh pelusuk dunia dengan menekan kekunci komputer. Justeru, apakah maklumat dan segala-galanya perlu sekatan yang mana boleh mengalir terus melalui internet? Kebebasan akhbar sebenarnya sudah menyeluruh tetapi bukan bentuk percetakan tapi dalam bentuk maya (cyber). akhbar maya ataupun vitual newspaper ataupun sudah meluas penyebarannya tanpa dapat dibendung.
Pengguna boleh melayari pelbagai laman web akhbar tempatan dan antarabangsa tanpa halangan dan gangguan. Sama ada berita tersebut sahih dan tepat bergantung pada kredibiliti penerimanya mengikut kefahaman dan pendidikan mereka. Pendidikan yang mencukupi menyebabkan seseorang lebih dewasa memahami segala-galanya walaupun dalam usia masih mentah. Namun, segalanya adalah untuk memperolehi maklumat tanpa batasan dan halangan. Maklumat penyebaran melalui internet yang secara totalnya tanpa tapisan sehingga laman web negatif mudah dilayari.
Peranan Wartawan
Wartawan adalah seorang insan yang bergelumang dengan pelbagai masalah tidak sebagaimana insan lain. Profesion mencabar yang dipikul boleh memaksa mereka terperap dalam penjara ataupun didakwa kerana pelbagai kesilapan dan kecuaian yang tidak sengaja ataupun sebaliknya. Namun, mereka adalah insan menagih berita daripada sumber-sumber yang dipercayai untuk mengelakkan diri mereka terperangkap oleh halangan undang-undang. Dua kategori wartawan yang menjadi insan istimewa tersebut ialah satu wartawan arus perdana dan wartawan media alternatif.
Wartawan arus perdana terdiri daripada mereka yang berkerja dengan akhbar milik atau pantuan kerajaan, manakala wartawan media alternatif adalah seperti malaysiakini.com, di barat seperti American Journalism Review, Newslink dan lain-lain. Kedua-dua wartawan ini mempunyai agenda yang berlainan tetapi peranan untuk rakyat dan pembaca tetap ada. Mereka menyampaikan berita maklumat dan rencana untuk tatap serba hari kepada masyarakat pembaca. Wartawan arus perdana lebih memihak kepada kerajaan yang mendukong pentadbiran negara, manakala wartawan media alternatif lebih pro pembangkang. Wartawan arus perdana kurang terdedah dengan undang-undang, manakala wartawan media alternatif terpaksa berdepan dengan pelbagai rintangan yang barangkali boleh memerapkan diri mereka dalam penjara.
Alasan kebebasan akhbar
Alasan logik akal kebebasan akhbar perlu di tanahair ini adalah memberi peluang rakyat mengetahui apakah yang sebenarnya berlaku di belakang tabir pemerintahan kerajaan. Pemerintahan kerajaan adalah atas usaha rakyat yang memilih pemimpin melalui pilihan raya. Dalam pilihan raya menentukan corak pemimpinan sesebuah kerajaan. Sesebuah kerajaan yang stabil pemerintahannya memiliki organisasi persuratkhabaran yang bebas sifat penyiarannya.
Freedom of the press is said to ensure satisfaction of society’s need for a maximum flow of information and opinion and the individual’s right to self-fulfillment. Freedom of the press is also a promoter and protector of rights.[2]
Kebebasan akhbar bertujuan memberi manfaat kepada rakyat sebagai wadah penyaluran maklumat. Rakyat pula memerlu dan menginginkan maklumat tepat yang mana tidak menyongsangkan pemikiran mereka dengan maklumat dan propaganda yang diada-adakan untuk kepentingan politik. Rakyat memerlukan penerangan yang memihak kepada kepentingan mereka. Akhbar perlu melapor dan mengenengahkan permasalahan dan pemikiran rakyat untuk mendapat pembelaan kerajaan dan badan-badan NGO. Sekatan terhadap media massa, sebagai memperlihatkan pentadbiran kerajaan tidak telus dan seolah-olah penyembunyikan sesuatu ke pengetahuan rakyat.
Menurut Pesuruhjaya Suhakam Datuk Prof. Hamdan Adnan, sekatan terhadap media sebenarnya merugikan negara sendiri kerana rakyat tidak mendapat maklumat yang sepatutnya dan ini boleh menyebabkan negara menghadapi kurang daya ketahanan dalam menghadapi arus globalisasi. Buat masa ini ada kira-kira 50 undang-undang yang membataskan komunikasi dan media. Dan lebih menyedihkan ialah adanya undang-undang yang memgerikan kuasa kepada menteri untuk mentup akhbar tanpa sebarang alasan serta tidak perlu ke mahkamah.[3] Pada 3 Mei 1993 diisytiharkan sebagai Hari Kebebasan Akhbar Sedunia di Perhimpunan Agung PBB pada 1993 setelah dicadangkan oleh PBB bagi Pendidikan, Sains dan Kebudayaan (Unesco) melalui resolusi berkaitan dengan “Penggalakan Kebebasan Akhbar di Dunia”. Berikut adalah resolusi perhimpunan Agung PBB sebagai[4];
a. menggalakan dan membina usaha bagi menyokong kebebasan akhbar.
b. menilai kebebasan akhbar di seluruh dunia.
c. mengingatkan kerajaan masing-masing agar menunjukkan iltizam untuk menghormati kebebasan akhbar.
d. menyedarkan orang ramai betapa pentingnya akhbar itu bebas.
e. mengingatkan petugas-petugas media dan menggalakkan debat di kalangan mereka betapa pentingnya kebebasan akhbar dan etika kewartawanan
f. mengenang jasa wartawan yang terkorban di seluruh dunia.
g. menyatakan sokongan kepada media dan petugas media yang menjadi mangsa tindakan-tindakan menghalang, atau usaha menghapuskan, kebebasan akhbar.
Apapun yang berlaku di negara luar tidak akan berlaku di negara ini. Akhbar tanahair masih dibelenggu dengan beberapa Akta Penerbitan dan Mesin Cetak 1984. Dengan hal yang demikian, badan bertindak penulis bagi kebebasan media (WAMI), Jawatankuasa Menentang Pengambilalihan Nanyang oleh MCA (CAT) dan Pusat untuk Kewartawanan Bebas (CIJ) telah menghantar tujuh muka surat memorandum sempena Hari Kebebasan Media Sedunia kepada Menteri Dalam Negeri.[5]
Antara maksud dalam memorandum tersebut iaitu pertubuhan wartawan itu turut membantah kengganan kementerian penerangan untuk memberi kad akreditasi kepada wartawan yang bekerja dengan media Internet kerana menganggap mereka bukan sebahagian daripada media tradisional. Ekoran itu, wartawan daripada golongan media alternatif beranggap mereka telah diberi layanan yang tidak sepatutnya sehingga dipandang hina oleh masyarakat wartawan arus perdana dalam hubung sosial mereka.
Kesimpulan
Kebebasan akhbar di sesebuah negara bukanlah hak mutlak. Kadangkala kebebasan yang dimaksudkan hanya untuk kebaikan masyarakat (rakyat) dan negara. Sesebuah negara yang berbilang kaum sebagaimana di Malaysia menginginkan kesejahteraan dan keharmonian dari segi perpaduan dan politik. Perpaduan di antara kaum tidak akan tercapai bilamana akhbar boleh sewenang-wenangnya mengeluarkan pelbagai isu dengan kebebasan mutlak. Kebebasan mutlak yang diberikan oleh kerajaan barangkali boleh mengugat ataupun menjerut leher kerajaan sendiri. Tidak ada sesebuah negara di dunia ini yang mengamalkan kebebasan akhbar secara mutlak. Dari segi istilah yang dilaung-laungkan kebebasan akhbar namun segi praktisnya tidak mungkin berlaku.
Jika kebebasan akhbar berlaku di negara ini sudah tentu pelbagai isu dikemukakan di dada akhbar tanpa kawalan. Misalnya yang menjadi teras politik ialah isu perkauman, isu agama dan isu sosial boleh diperdebat dan dibangkitkan di dada akhbar tanpa sekatan. Hal ini sudah tentu boleh memperakperandakan jentera kerajaan yakni mengucahkacihkan pemikiran rakyat.
Di zaman parti perikatan memerintah negara ini di bawah pucuk pimpinan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sekatan akhbar tetap berlaku. Buku The Malay Dilemma tulisan Dr. Mahathir Mohamad digam atau diharam pengedarannya. Banyak lagi buku-buku yang tidak perlu disebutkan di sini telah diharamkan pengedaran dan pencetakannya. Kerajaan di zaman itu amat perihatin mengenai kesejahteraan rakyat. Kebebasan akhbar bukan memberi satu kebaikan ketika itu tetapi menambahkan beban politik yang bakal dihadapi oleh pemimpin.
Parti pembangkang dengan sewenang-wenangnya membuat tuduhan dan pelbagai lagi dengan media milik mereka. Sedangkan sekatan yang ada masakinipun masih berlaku fitnah dan keceluparan yang sangat memalukan di sesuatu pihak. Pihak pembangkang akan memainkan peranan menghemtam pentadbiran kerajaan yang nampak jelik di mata mereka. Kebiasaannya mereka mudah nampak kelemahan tetapi kebaikan diselindungi untuk membantu mereka dapat sokongan rakyat. Daripada kekalahan pilihan raya yang menimpa parti pembangkang sudah menunjukkan rakyat tidak menyokong mereka.
Rakyat Malaysia adalah terdiri daripada mereka yang sudah memahami analogi politik dan percaturannya mengikut tahap pendidikan mereka. Tidak ada lagi rakyat Malaysia yang buta ilmu dan buta huruf. Disebab oleh itulah Perdana Menteri merealisasikan korridor raya multimedia untuk kesejahteraan rakyat mengikut lunas-lunas undang-undang yang dibenarkan. Namun, dalam segala hal, kerajaan perlu memantau segenap aktiviti penyiaran media sebagai melindungi kepentingan politik kerajaan. Sesiapa juga bakal menjadi pucuk pimpinan negara, pasti mengadakan sekatan akhbar dan tidak ada kebebasan multak diberikan. Akhbar media alternatif masih diberi ruang dan melepaskan perasaan dan emosi mereka dalam internet. Adakah ini kerajaan menidakkan kebebasan bersuara untuk mereka?
Kebaikan kebebasan akhbar hanyalah bersifat sementara tetapi akan memberi implikasi buruk kepada rakyat semua khasnya masyarakat Melayu dan bumiputra. Mereka ini akan menjadi mangsa penyalahgunaan ruang akhbar dan sebagainya. Parti pembangkang boleh sewenang-wenangnya memainkan pelbagai isu untuk menyemarakkan semangat perkauman dan anti-agama dan sebagainya. Itu sebab George Soros melalui Open Society Institute (OSI) menaja Malaysiakini.com melalui the Bangkok-based Southeast Asia Press Alliance (SEAPA) dengan tujuan untuk memprakperandakan jentera kerajaan Malaysia. Begitu juga majalah Far Eastern Economic Review (FEER) banyak memperburukkan pentadbiran Mahahir daripada menyokong. Adakah ini memberi kebaikan kebebasan akhbar?
Di awal Januari 2000, dengan penangkapan Karpal Singh, Mohamed Ezam Mohamed Nor, Zullkifli Sulong dan Chia Lim Thye adalah sebagai ikhtiar kerajaan membendung masalah politik yang mengancam keselamatan negara. Mereka boleh menaikkan semangat bencikan pentadbiran kerajaan dengan adanya kebebasan akhbar. Namun, rakyat yang peka seharusnya memahami kesukaran mentadbirkan Malaysia sehingga ada putrajaya, KLCC, Monorel, LRT dan banyak lagi. Kesemuanya sebelum kewujudannya telah mendapat kritikan membuta tuli daripada parti pembangkang. Sesungguhnya, kebaikan kebebasan akhbar cuma untuk seketika sahaja, yang selainnya pelbagai kaum di Malaysia ini akan berkecekaran sesama sendiri sebagaimana Mei 13, 1969 dahulu.
Sebahagian daripada makalah ini telah diterbitkan dalam Majalah Dewan Budaya, hlm: 48-49 (Oktober) 2003, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
RUJUKAN

- Everette E. Dennis & John C. Merrill, 1996. Media Debates: Issues In Mass Communication, Longman Publishers, USA.
- Robert E. Park, 1995. (Terj) “Peranan Berita”, dalam Everette E. Dennis dan rakan-rakan, Isu-Isu Komunikasi Massa, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
- Haq, Mahbul ul. 1995. Reflections on human development. Oxford: Oxford University Press.
- Mahathir Mohamad. 1996. Globalization – What it means to small nations. Syarahan Perdana Prime Minesters of Malaysia Fellowship Exchange Programme yang disampaikan oleh Perdana Menteri Dr. Mahathier Mohamad di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur pada 24 Julai.
- Malaysia. 1999. Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ketujuh 1996-2000. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Berhad
- A. Samad Ismail, 1989. Kebebasan Akhbar: Di mana Kita?, Siri Syarahan Umum Bil. 5, Universiti Sains Malaysia.
- Norani Othman. 1999. Grounding human rights arguments in non-western culture: shari’a and the citizenship rights of women in a Modern Islamic state. Dlm. The East Asian challenge for human rights, disunting oleh Joanne R. Bauer & Daniel A. Bell. Cambridge: Cambrige Universitu Press.
- Poynter Institut, “New Media Timeline – 1995, “Poynter Online. http://www.poynter.org/research/nm/timeline/nt95.htm
- Angus Reid, “Canadians and the News Media, “January 1998. http://www.angusreid.com/pressrel/pr120398.htm
- J.D. Lasica, “A New Concept of News, from “Net Gain” series in AJR News http://ajr.newslink.org/ajrjd14.html
- http://www.malaysiakini.com/news/8/19/2002
- http://detik.daily.tripod.com/julaia/27julai_13.htm
[1] Robert E. Park, 1995. (Terj) “Peranan Berita”, dalam Everette E. Dennis dan rakan-rakan, Isu-Isu Komunikasi Massa, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.[2] Everette E. Dennis & John C. Merrill, 1996. Media Debates: Issues In Mass Communication, Longman Publishers, USA.(m.s. 6).[3] http://www.malaysiakini.com/news/8/19/2002[4] http://detik.daily.tripod.com/julaia/27julai_13.htm[5] Ketika itu Tun Abdulllah Ahmad Badawi menjadi menterinya.
2 comments:
Pada pandangan saya, takrif ‘kebebasan akhbar’ adalah semata-mata bergantung kepada persepsi dan kefahaman individu atau sesuatu kumpulan. Setiap individu atau kumpulan ini mempunyai agenda-agenda tertentu dalam aspirasi mereka untuk mengutarakan pendapat, mempengaruhi umum dan akhirnya menepati sasaran.
Dalam hal ini, saya bersependapat dengan saudara yang amat risau dengan media-media alternatif dan akhbar-akbar bukan arus perdana yang sentiasa menginjak parameter dan bersikap tidak bertanggungjawab. Mereka menuntut kebebasan mutlak dalam kewartawanan, menyemarakkan lagi isu-isu hangat agama dan kaum serta mencabar institusi-institusi Kerajaan demi mencapai agenda dan ‘mileage’ mereka.
Setiap apa pun jurusan (atau permainan), ada etikanya. Hal ini langsung tidak wujud dalam bidang kewartawanan media-media ini. Angan-angan mereka untuk mewujudkan media ‘utopia’ di Negara ini telah mengenepikan Perlembagaan, Rukunegara, nilai-nilai budaya dan sikap saling menghormati yang menjadi asas perpaduan masyarakat majmuk Malaysia kita. Percayalah, tidak ada satu pun Negara di dunia ini yang akan merelakan ‘utopia’ itu menjadi kenyataan kerana risiko yang akan ditanggung dalam jangkapanjang adalah terlalu berat dan sememangnya tidak setimpal.
Seperkara lagi, walaupun ada akta-akta penerbitan yang dapat mengongkong gejala kemusnahan ini, Kerajaan masih bersikap sangat liberal dan tidak menggunakannya dengan sewenang-wenangnya. Namun begitu, ironinya, individu dan kumpulan yang begitu lantang melaungkan kebebasan bersuara ini dengan pantas menutup mulut sesiapa sahaja yang tidak sehaluan dengan mereka. Melalui tindakan mahkamah atau media dokongan mereka, mereka telah memberikan satu tanggapan bahawa kebebasan bersuara adalah hak mutlak mereka. Kerajaan maupun penyokong Kerajaan dari kalangan cendekiawan dan rakyat jelata sehingga sampai ke tahap amat berhati-hati dalam menyuarakan pendapat atau kesimpulan atau tindakan yang difikirkan perlu untuk kebaikan dan keamanan sejagat. Silap kata atau haribulan, anda akan diseret ke mahkamah dan disaman berjuta-juta Ringgit. Ini kenyataannya. Kebebasan bersuara yang selektif dan amat tidak sihat.
Kesimpulannya, saya amat kecewa dengan sikap Kerajaan yang terlalu liberal ini. Membenarkan individu-individu dan kumpulan-kumpulan yang tidak beretika dan bertanggungjawab menegakkan kebebasan bersuara mengikut istilah mereka. Negara kita terdiri dari pelbagai kaum dan budaya. Ia boleh menjadi rapuh dan huru hara jika keadaan ini dibiarkan berterusan. Mahukah kita wariskan generasi mendatang kita dengan sebuah Negara yang tidak henti bergolak hasil dari perbuatan kita masakini?
- NABILLA AHMAD KAMAL
hi all dj-wiramanja.blogspot.com admin found your site via search engine but it was hard to find and I see you could have more visitors because there are not so many comments yet. I have found site which offer to dramatically increase traffic to your blog http://xrumerservice.org they claim they managed to get close to 1000 visitors/day using their services you could also get lot more targeted traffic from search engines as you have now. I used their services and got significantly more visitors to my blog. Hope this helps :) They offer building link popularity seo search marketing backlinks increase backlinks Take care. Jay
Post a Comment