Puisi adalah merupakan himpunan rasa, perasaan dan memori yang terbina dalam sanubari hingga melahirkan unggapan-unggapan puitis, hiba, gembira, duka dan berbagai lagi dialirkan oleh penulis. Lahirnya penulis puisi ini adalah cetus rasa yang sukar dipendamkan di dalam diri. Ianya tiba secara mendadak jika tekanan emosi menyerap di jiwa, ianya juga terjadi bilamana diri di ambang duka dan sebaliknya.
Poetry is a sense, feeling and memory assemblage built-in mind to produce poetic verse, melancholy, happy, sad and variety again drifts by writer. Emergence of this poem writer is trigger difficult sense kept within. It arrived dramatically if emotional stress absorb in soul, it also happened when self in sad threshold vice versa.
Penulis puisi tidaklah semudah yang disangka, kerana ianya menekankan suatu penghayatan yang maksima kepada individu yang menulisnya. Penghayatan yang dimaksudkan adalah dimana penulis sendiri bagai dapat meraai suasana yang ingin digambarkan melalui puisinya. Dalam penulisan sastera berbentuk lain selain daripada puisi, tidak dapat memperkatakan sesuatu hanya dengan beberapa baris ayat yang digarap dalam penulisannya. Penulisan berbentuk tersebut memerlukan berhelai-helai kertas untuk memaparkan setiap mesejnya.
Namun puisi mempunyai cara yang tersendiri untuk melahirkan sifat-sifat penulisnya. Dalam penulisan ini dapat memaparkan warna kehidupan hanya cuma dengan menggunakan sepotong dua ayat atau lebih sudah dapat merakam sebuah peristiwa dan detik-detik bersejarah yang ingin diutarkan. Kesegaran puisi umpama seseorang yang terlalu haus dapat merasakan air sumur yang sejuk lagi dingin. Dengan sekali teguk, maka hilanglah kehausan setahun.
Begitulah yang diibaratkan dengan puisi, kerana dengan hanya sekali imbas membacanya, seseorang dapat mengetahui kisah dan peristiwa yang dipaparkan hanya memakan masa beberapa saat sahaja. Berbanding dengan penulisan bentuk lain, seseorang harus menelaah dan bertekun untuk mengetahui apakah mesej yang ingin disampaikan, jika tidak sudah tentu tidak dapat menghayati karya tersebut. Walau bagaimanapun setiap bidang penulisan mempunyai keistimewaan tersendiri, maka begitu juga yang terdapat di dalam penulisan puisi.
Banyak orang boleh menghasilkan sebuah puisi. Seseorang boleh menulis puisi sambil menunggu bas, sambil mendengar seminar, sambil berbual-bual dengan rakan-rakan, dalam pesawat, dalam bas dan macam-macam lagi. Namun, sebuah puisi adalah lontaran perasaan halus yang berada dalam hati seseorang. Luahan ini amat terpencil daripada luahan biasa kerana luahan dalam puisi mewakili dirinya sendiri dan penyair mewakili diri orang lain dengan perantaraan dirinya.
Seorang penyair tidak dapat melafazkan sesuatu secara terang-terangan, kerana kadangkala gelodak hati yang ingin disampaikan boleh melukai hati seseorang. Banyak perkara yang seseorang hadapi setiap hari yang sukar diucapkan dengan perkataan apalagi dengan pengucapan kepada seseorang. Penulisan puisi adalah yang terbaik untuk mencurahkan segala isi hati ataupun perasaan. Bait-bait kata daripada puisi itu adalah penjelmaan sebenar hasrat penyair. Sama ada disedari mahupun tidak puisi yang dihasilkan oleh penyair kebanyakan adalah cetusan perasaannya sendiri.
Perasaan kecewa, gembira, berduka dan lain-lain boleh menerbitkan ilham rasa penyair. Penyair adalah manusia sensitif pada rasa. Apa yang dirasai dalam hati terus diterjemahkan dalam penulisan. Penulisan seorang penyair berbeza dengan penulisan genre sastera yang lain, walaupun puisi adalah dalam kelompok keluarga sastera. Kesusasteraan dalam puisi amat jelas membezakan sifat dan bentuk karya tersebut.
Manusia kreatif seperti seorang penulis mempunyai sifat-sifat peribadi berbeza dengan yang lain. Perbezaan itu ditandai dengan hasil karya mereka dapat menyentuh perasaan pembaca atau sebaliknya. Sebuah karya puisi lahir tanpa paksaan, ia terbit dalam desis hati penyair dengan cara lembut dan menusukkan. Apa saja yang dilihat oleh penyair adalah bait-bait kata puisinya. Lautan, gunung-ganang, sawah, paya, bukit-bukau, malah hutan rimba adalah bahasa puisinya dalam bentuk kebendaan. Manusia penyair dapat mengadun segala makluk alam ciptaan Allah s.w.t dijadikan bait-bait kata penuh puitis. Kepuitisan bait-bait kata dalam puisi menggambarkan kehalusan jiwa atau kalbu penyair.
Dalam puisi ada irama, pola-pola bunyi yang mementingkan kehalusan dan keindahan bahasanya yang diukir, dicanai daripada diksi-diksi indah sehingga memikat pembaca. Susunan perkataan amat sederhana dengan penggunaan bahasa yang kemas, padat, tepat dan tepat. Ketetapan pilihan perkataan membezakan penulisan puisi dengan genre sastera yang lain seperti cerpen, novel dan lain-lain. Sebagaimana pendapat Stiles (1968):
”Poetry is the language of kings, the songs of the people, the message of love, the snarl of hate, the sound of joy, the wail of the tortured, the jibe of the jester, the reflection of sadness, the call of the lost, the prayer for the soul, the shout of triumph, and the weeping of the vanquished. Poetry is life revealed – the bitter reality of existence couched in hand pounding, bitter pharase. Above al, poetry is truth wrapped in beauty”. (Kamaruddin: 1988:105)
Bahasa puisi adalah bahasa raja iaitu bahasa agong dengan pengucapan halus mewakili setiap naluri hati manusia yang terpendam. Dendam, kedukaan, kecintaan, kedamaian, kesengsaraan, kekecewaan, ketakwaan, dan keimanan terhadap pencipta Allah Rabulalamin adalah melalui cetusan karya puisi. Segala gundah-gulana dalam jiwa manusia dapat dihemburkan dalam puisi. Dalam sesebuah puisi ada nasihat, pengajaran, rintihan, pujaan, permohonan dan lain-lain. Seseorang kekasih melafazkan rindu terhadap temannya melalui puisi. Seorang rakyat memohon jasa kebaktian pemerintah, melafazkan hasratnya melalui puisi. Seorang isteri melafazkan kekecewaan dan kemarahan terhadap suaminya melalui puisi. Seseorang yang ingin mengkritik individu lain juga dalam puisi. Sesungguhnya, dalam puisi seseorang terhibur, seorang menginsafi diri, seseorang beriman kepada Allah s.w.t Dan puisi karya yang difahami maksud tersirat yang cuma sebentar menikmatinya.
Sebuah puisi boleh memaparkan buih-buih kesengsaraan manusia yang mewakil penyairnya. Seorang penyair mengauli permasalahan manusia dalam karyanya yang mana kadangkala dirinya sering mengalami permasalahan yang serupa. Terhimpun segala gelodak rasa manusia dalam karyanya sebagai menukil perasaan manusia yang tidak berkesempatan dan berpeluang meluahkannya. Sebuah puisi bukan sekadar terdapat bait-bait kata yang meruntun hati, bahkan puisi meresahkan kalbu dan jiwa seseorang dalam rintihan dan kesedihan.
Karya sastera dihasilkan dengan pelbagai cara sama ada dalam puisi iaitu bait kata atau prosa. Karya sebuah cerpen ataupun novel memerlukan penulisan prosa, manakala puisi bergantung pada bait-bait pemilihan perkataan. Sebuah novel tidak ditentukan panjang atau pendek penghasilannya. Begitu juga cerpen adalah karya yang memaparkan sedikit watak tetapi meninggalkan kesan kepada pembaca. Walaupun cerpen adalah penulisan prosa bersifat pendek dan padat tetapi ruang paparan mesejnya lebih bebas seperti penggunaan perkataan.
Penyair tidak berupaya membongkar kata-katanya dalam sebuah prosa tetapi bait-bait perkataan dengan menggunakan ruang yang terhad.. Selain itu, penyair lebih mengutamakan sebuah puisi membangunkan imej, irama dan aspek bunyi. Dengan meminima penggunaan perkataan, sebuah puisi dilihat menterjemahkan permasalahan manusia dalam masa yang amat singkat. Seseorang boleh menikmati mesej dan selaman perasaan penyair dengan sekali lalu membaca puisi tersebut. Namun, sebuah cerpen ataupun sebuah novel, pembaca tidak berupaya menyeduk segala isi dan maksud dalam masa yang singkat.
Sebuah puisi yang panjang tidak berjaya mengungkap perasaan penyair tetapi penyairnya kelemasan dalam karya sendiri yang tidak ada penghujung. Sebuah puisi boleh diibaratkan segelas air zamzam yang di minum oleh orang yang beriman kepada Allah s.w.t. Dan sebuah puisi menyimpan seribu makna, cuma dapat difahami mereka yang mahu memahami sebuah kehidupan. tetapi bukan sebarangan air. Justeru, sesebuah puisi dapat dinikmati bagi mereka yang memahami sebuah puisi tetapi bukan diminum oleh seseorang. Dengan segelas air dapat menghilangkan dahaga.
Peranan puisi amat luas, satu-satu sumber sejarah Arab pra-Islam adalah puisi. Dalam puisi tersebut didapati rujukan yang kerap menceritakan tentang sungai, lautan dan peluat. Lazimnya, rujukan sedemikian hanya terkandung dalam puisi pujangga yang tinggal berhampiran dengan pantai atau sungai. Kebanyakan kiasan bagi rujukan tersebut terkandung dalam rangkap puisi dihasilkan oleh pujangga (A.Syed:1992). Sifat-sifat sebuah puisi jenis menggambarkan keadaan zaman lampau dan akan datang. Warna-warni kehidupan berjaya diungkapkan melalui sebuah puisi.
Seorang pengembara yang menjelajah dunia akan mengarang puisi ketika bertemu tempat sesuai yang menyentuh sanubarinya. Maka terungkailah sebuah puisi yang merakam detik pengembaraannya penuh sejarah. Berikut adalah sebuah puisi nukilan yang merakam kisah sejarah yang tercatat dalam bait-baitnya:
Usungan wanita suku Malik semasa bertolak pada waktu pagi kelihatan seperti kapal besar di Nawasif, seperti kapal Rom atau kapal Ibnu Yaman; kadang-kadang pelaut tidak mengikut laluan asal dan kadang-kadang mengikutinya. (1992:12)
Puisi barat sebenarnya banyak dipengaruhi daripada aliran puisi Islam kerana 1,200 tahun dahulu benua Eropah telah di masuki Islam. Pada 711 Masihi Islam telah menawan Andalus (Sepanyol) yang dari rentetan itu, sastera juga menular ke Eropah dan sehingga bertapak masakini. Mereka mendakwa puisi baru yang mereka miliki sebenarnya suntikan daripada penyair Islam. Sastera Islam telah banyak menyumbang perkembangan sastera Eropah. Kebanyakan puisi daripada sastera Arab menampilkan keunikan dan identiti tersendiri.
Daripada syair-syair Arab berbentuk puisi lama yang indah dan memikat bait-bait perkataannya dan mempunyai irama dan bunyi yang sama. Islam pernah memasuki Sepanyol khususnya di Provence dan Catalonia sehinggakan Guillaume IX, menghasilkan puisinya dipengaruhi puisi Islam kerana kebanyakan puisinya berakhir rima yang sama. Penciplakan barat bukan hanya pada puisi sahaja bahkan sastera Islam. Begitu juga teknologi pelayaran yang berasaskan kapal pertama dunia daripada Bahtera Nabi Nuh.
Dengan pelayaran menggunakan model kapal tersebut mereka menyuntik dan memplagiat bahan-bahan sastera yang Islam yang masyhur ketika itu. Justeru, sesebuah puisi dapat merakamkan detik waktu, kejadian, pengalaman seorang penyair dan sesebuah puisi perakam sejarah yang tidak dapat menipu faktanya.
Dalam Antologi puisi Benua Gersang berkaitrapat dengan permasalahan dan persoalan jiwa dan perasaan manusiawi yang sukar dilafaz dengan perkataan tetapi berbauri perasaan tersembunyi. Manusia tidak dapat mengungkap segala rintihan kalbunya kepada seseorang, melainkan puisi membawa perasaannya langsung kepada manusia lain yang membacanya. Lantas, sebuah puisi adalah kanvas kehidupan yang mempunyai pelbagai corak warna yang sukar digambarkan dalam sebuah lukisan.
Pun begitu, sebuah puisi dapat membentuk akhlak dan peribadi manusia secara halus apabila menatapnya. Nasihat, teguran, kritikan dan komen sukar dilafazkan dengan perkataan, tetapi dengan sebuah puisi dalam dijelmakan dengan perkataan yang disusun dengan bait-bait kata mengasyikkan dan mempersonakan. Sesungguhnya, sebuah puisi dapat menonton manusia sama ada kebaikan dan kejahatan. Cuma barangkali, yang kejahilan sahaja yang tidak dapat memahami perasaan penyair dalam sesebuah puisi kerana kejahilannya menguasai kesenimanan dirinya. Wallahuallam.
9 comments:
puisi merupakan 1 jalan cerita yang ingin disampaikan oleh penulis.puisi juga merupakan satu tempat untuk penulis meluahan segala emosi dan ketidakpuasan hati.puisi juga tidak mudah dihasilkan kerana penulis perlu menghayati keadaan tersebut untuk menghasilkan sebuah puisi yang cantik.puisi juga boleh dikaitkan dengan sebuah cerita pendek kerana pembaca tidak perlu mengambil masa yang lama untuk memahami jalan penceritaan.ini kerana puisi hanya ditulis di atas sehelai kertas berbanding cerita novel.puisi juga senang dihasilkan oleh semua orang tidak mengira masa dan tempat.puisi ini merupakan satu perasaan yang dipendam dan ingin diluahkan melalui kata-kata tetapi takut hati seseorang dilukai.kebanyakan puisi yang dihasilkan adalah dari cetusan perasaan sendiri.penulis menghasilkan puisi untuk dirinya sendiri dan juga pada pembacanya.puisi dihasilkan tanpa paksaan dan dihasilkan dengan lembut apabila ianya datang dari hati penulis.puisi selalunya diterjemahkan melalui bentuk kebendaan.penulis akan meminimum perkataan yang digunakan dalam sebuah puisi dan akan melebihkan dari aspek imej,prosa dan bunyi. Nasihat, teguran, kritikan dan komen sukar dilafazkan dengan perkataan, tetapi dengan sebuah puisi dalam dijelmakan dengan perkataan yang disusun dengan bait-bait kata mengasyikkan dan mempersonakan. Sesungguhnya, sebuah puisi dapat menonton manusia sama ada kebaikan dan kejahatan. Cuma barangkali, yang kejahilan sahaja yang tidak dapat memahami perasaan penyair dalam sesebuah puisi kerana kejahilannya menguasai kesenimanan dirinya.
Ya, memang benarlah apa yang tercoret dalam laman puisi rampai ini. Puisi. Ianya satu perkara yang subjektif. Segala luahan yang kita tulis di atas kertas merupakan sebuah puisi. Namun ia tak semudah yang disangka. Puisi memerlukan penghayatan yang kuat dalam luahan rasanya. Dalam menghayati luahan rasa semasa menulis, seorang penyair akan menjadi waras dalam penggunaan bahasanya secara spontan. Sebenarnya sesetengah penyair bukanlah sengaja ingin meluahkan apa yang terbuku di hati tetapi mencuba untuk tidak memendam rasa. Walaubagaimanapun mereka amat perahsia, lalu di luahkan di atas kertas tanpa menggunakan cara penulisan yang biasa. Mereka berkias-kias kerana tidak mahu rahsia di hati tersebar. Kerana itulah kadangkala kita tidak dapat menangkap keseluruhan makna sesebuah puisi dan terpaksa membuat kesimpulan sendiri. Seseorang penyair sengaja menjadikan perjalanan hidupnya sebagai sebuah puisi. Kebiasaannya penyair terdiri daripada insan yang terpaksa melalui hari-hari yang sukar sejak mereka masih lagi digelar kanak-kanak. Seorang penyair bersifat sensitif dalam kehidupannya. Seperti sasterawan negara Allahyarham Usman Awang, beliau dididik untuk tidak bergantung pada orang lain. Kehidupannya sebagai seorang anak nelayan yang miskin dan serba kekurangan menjadikannya seorang yang tabah mengharungi segala cabaran hidup sehinggalah akhir hayatnya. lalu bagaimana beliau merintih kerana kehilangan adik perempuan yang baru berapa bulan dilahirkan. Adik perempuan amatlah dinantikan oleh mereka sekeluarga. Kemudian mereka sekeluarga sekali lagi kehilangan seorang yang amat dicintai iaitu ibu. Itulah sebahagian kisah hidup zaman awal Usman Awang yang menjadikan saya cukup sensitif dalam mengharungi segala kisah hidup saya.
Sememangnya untuk menulis puisi tidaklah semudah dan tidaklah sesukar yang disangka. Lazimnya puisi menjadi medium untuk luahan rasa dan pendapat. Jika penulis sedang dilanda kesedihan maka, jalan cerita di dalam puisi yang dikarangnya akan bernada sedih. Namun penulisan puisi yang biasa tidak akan dapat menarik minat orang untuk membacanya. Nama-nama besar seperti Usman Awang, A.Samad Said mempunyai gaya yang tersendiri yang membuatkan penulisan puisi mereka menjadi tidak klise dan menarik pembaca.
Semua orang mampu menulis puisi, percaya atau tidak? Ini adalah kerana penulisan puisi moden seperti sajak sekarang tidak terikat dengan apa-apa format seperti puisi-puisi tradisional seperti syair, gurindam dan pantun. Yang melahirkan sesebuah puisi itu adalah kehendak dan minat seseorang penulis ke arah menghasilkan karya yang original dan bebas dari sebarang plagiat.
Menyentuh soal puisi original atau karya sendiri, seharusnya setiap penulis baru harus berbangga dengan karya yang dihasilkan. Jangan malu-malu untuk meminta pendapat rakan-rakan kerana pendapat dan komentar dari rakan-rakan akan membantu kita untuk menghasilkan karya yang lebih indah dan bermutu. Tiada sesiapa berhak mengatakan bahawa anda tidak pandai menulis kerana semua orang mampu menulis.
Selain itu puisi boleh dijadikan medium untuk anak-anak muda sekarang menzahirkan amarah, kesedihan, keriangan atau apa jua perasaan mereka. Bukan apa anak-anak muda remaja masa kini menempuh banyak arus modenisasi yang mana kadang-kala mengelirukan mereka. Justeru menerusi penulisan puisi mereka mampu menyalurkan perasaan mereka ke arah yang lebih baik. Tentunya cara ini lebih bernas berbanding daripada melihat mereka 'merempit' atau melakukan perkara lain yang tidak berfaedah!
Saya mendapat info apabila membaca artikel Encik Wira bahawa penulisan puisi di barat juga merupakan pengaruh dari kesenian yang diabwa oleh tamadun Islam dahulu kala. Sepatutnya kita membawa karya-karya kita agar sebaris dengan karya-karya agung penyair Islam dahulu-kala. Sesungguhnya keagungan tamadun Islam dahulu kala dari kerajaan Umayyah sehingga lah kepada kerajaan Uthmaniah harus kita kembalikan.
Akhir kata penulisan puisi adalah sesuatu yang universal dan boleh menjadi medium untuk semua orang menzahirkan rasa. Hargailah setiap karya-karya yang dihasilkan supaya apabila anda pula berkarya orang lain akan menghargainya.
Meminjam kata pada antologi 'Angkatan 2000’, himpunan penyair-penyair indonesia, “Penyair adalah mereka yang sanggup diam di kuil-kuil di tengah hutan”. Puisi itu bukan sekadar ungkapan; madah cinta, sayang, rindu, syukur malah mencakupi segala hal dalam kehidupan sosial harian. Puisi-puisi yang dihasilkan oleh seseorang penyair itu adalah ibarat kanvas yang memapar kehidupan penyair tersebut, falsafah yang didukung, idealogi yang dipegang dan keinginan yang memberontak. Puisi juga merupakan medium terbaik menyatupadukan bangsa, negara mahupun dunia. Merujuk kepada penyatupaduan, ‘Festival Puisi Internasional Indonesia’ yang disertai oleh 45 orang penyair dari 4 negara Eropah dan 3 negara Asia merupakan contoh terbaik. Bertempat di Makassar, Surakata dan Bandung pada 2002, ianya memberi ruang buat perjumpaan budaya dan saling memahami serta menghikmati indahnya persahabatan dan silaturrahim yang dihadiri Dr. Ahmad Kamal Abdulah (Kemala) sebagai wakil dari Malaysia. Harapnya puisi-puisi yang terhasil akan terus terpelihara dan janganlah hendaknya ada pihak-pihak yang menyalah ertikan puisi yang terhasil umumnya karya sastera sebagaimana yang berlaku pada novel Interlok (Abdullah Hussain).
sememangnya dengan menulis puisi kita dapat meluahkan segala perasaan di hati kita yang tidak dapat kita luahkan dengan kata-kata.puisi lebuh mudah untuk dihasilkan berbanding novel kerana ia hanya mengambil masa yang singkat berbanding untuk menghasilkan sebuah novel.namun begitu,untuk menghasilkan sebuah puisi yang bernilai tidaklah semudah yang disangkakan kerana ianya memerlukan penghayatan yang tinggi daripada penulisnya.puisi juga sesuai dihasilkan oleh semua golongan tdak mengira masa dan tempat.bagi mereka yang mungkin seorang perahsia boleh menjadikan puisi sebagai medan yang tepat untuk mereka meluahkan apa yang mereka rasa tanpa menyinggung atau menyakitkan hati sesiapa untuk mengurangkan bebanan yang mereka tanggung.di samping itu,terdapat juga penulis yang menjadikan perjalanan hidup mereka sebagai sebuah puisi untuk nasihat dan pedoman kepada generasi akan datang.bagi saya sendiri suka menulis puisi di saat kesedihan,bosan dan juga di masa terluang kerana dengan menghasilkan sebuah puisi ia dapat menambahkan ilmu pengetahuan sastera dan gaya bahasa dalam penulisan saya.puisi selalu diterjemahkan dalam bentuk nasihat dan juga kritikan tentang sesuatu terutamanya tentang perubahan sesuatu zaman..antara penulis yang terkenal di Malaysia yang saya amt kagumi ialah A.Samad Said.
bagi saya puisi adalah suatu ruang untuk saya untuk meluahkan rasa cinta, benci, rindu, dan sayang tak kira lah terhadap keluarga, kawan2 mahupun orang disekeliling saya kerana ia membuat saya rasa puas kerana disamping saya dapat melepaskan perasaan yang terpendam, saya juga dapat mempelajari dan mempertingkatkan daya kreatif pernulisan saya.
bagi saya puisi adalah suatu ruang untuk saya untuk meluahkan rasa cinta, benci, rindu, dan sayang tak kira lah terhadap keluarga, kawan2 mahupun orang disekeliling saya kerana ia membuat saya rasa puas kerana disamping saya dapat melepaskan perasaan yang terpendam, saya juga dapat mempelajari dan mempertingkatkan daya kreatif pernulisan saya.
menulis puisi merupakan satu platform untuk saya meluahkan perasaan suka,duka, sayang dan sebagainya ini kerana bahasanya yang puitis dan indah apbila digunakan. malah bahasa yang puitis bergini jarang orang menggunakan nya malah adakalanya orang seperti tidak memahami maksud disebalik setiap kata2 yang telah digunakan. antara sebab itulah saya suka menulis puisi berbanding membuat diari untuk melepaskan perasaan saya. selain itu, dengan menulis puisi saya dapat mempertingkatkan lagi pengetahuan saya berkenaan dengan gaya bahasa dan penggunaan bahasa yang baru saya dengar atau pelajari dari semasa ke semasa. saya bersetuju dengan komen yang sebelum ini yang mengatakan puisi merupakan satu jalan cerita yang ingin disampaikan oleh penulis untuk meluahkan emosi ini karana atas alasan itu juga saya berminat untuk menulis puisi sebagai pengganti kepada diari yang sebelum ini menjadi peneman saya. puisi juga membuatkan perasaan ingin tahu saya memuncak apabila adakalanya penulis menggunakan bahasa yang indah tanpa saya ketahui maksudnya dan adakalanya setiap ayat yang ditulis mempunyai banyak maksud yang tersirat dan tersurat. tetapi sayangnya ramai remaja masa kina kurang berminat dengan kecantikan bahasa melayu itu sendiri...
Ilham untuk menulis puisi sangat mahal kerana ia bukan dapatan sembarangan. Pernah saya cuba mengarang puisi suatu masa dahulu. Saya duduk di suatu sudut dalam rumah dengan suasana yang sangat sunyi dan tenang kata orang, demi menyiapkan tugasan yang diberi ayah AGI. Lama saya duduk mencari ilham, atau dengan kata lain menunggu datangnya ia. Tapi meski setelah berjam-jam pun kertas saya masih kosong. Apakan daya, ilham tidak mahu datang lagi-lagi semasa kita memerlukannya. Keadaan ini berlainan dengan keadaan semasa saya berada di kawasan terbuka di mana saya dapat melihat bermacam benda. Di mana saya dapat menilai pelbagai perkara. Tika itu ilham datang menyapa, tanpa disedari. Tahu-tahu saja ayat-ayat yang luar dari kebiasaan muncul dalam fikiran. Dengan itu terhasillah puisi atau karya yang meski tidak sebaik mana, tetapi bagi saya yang masih belajar, dapatlah dijadikan permulaan untuk mengenali seni.
uniknya kata-kata dalam kesenian atau sastera adalah ia tidak digunakan sesuka hati. setiap perkataan menceritakan perihal satu baris; setiap baris menceritakan perihal satu perenggan; setiap rangkap menceritakan perihal satu cerita. itu yang menjadi nilai, kemampuan penulis menyampaikan sesuatu dalam bentuk yang ringkas tetapi bermakna. di awal kewujudan kaedah ini, ia digunakan untuk menegur masyarakat arab di zaman jahiliah melalui Al-Quran di mana bahasa2 yang indah2 digunakan di dalamnya. cuma beberapa tempoh kemudiannya ia diciplak oleh barat, dan digunakan secara meluas. puisi antara cara terbaik menyampaikan teguran, dalam masa yang sama mengingatkan yang lain. maka tidak hairanlah tarafnya begitu tinggi lebih2 lagi dalam kalangan masyarakat berilmu.
Post a Comment