tag:blogger.com,1999:blog-4126037385586691732.post4220328030942185310..comments2022-07-01T09:12:52.274-07:00Comments on Wiramanja Official Blog: Puisi Rampai : Benua GersangUnknownnoreply@blogger.comBlogger9125tag:blogger.com,1999:blog-4126037385586691732.post-67247250808882069812011-02-20T06:03:48.559-08:002011-02-20T06:03:48.559-08:00Ilham untuk menulis puisi sangat mahal kerana ia b...Ilham untuk menulis puisi sangat mahal kerana ia bukan dapatan sembarangan. Pernah saya cuba mengarang puisi suatu masa dahulu. Saya duduk di suatu sudut dalam rumah dengan suasana yang sangat sunyi dan tenang kata orang, demi menyiapkan tugasan yang diberi ayah AGI. Lama saya duduk mencari ilham, atau dengan kata lain menunggu datangnya ia. Tapi meski setelah berjam-jam pun kertas saya masih kosong. Apakan daya, ilham tidak mahu datang lagi-lagi semasa kita memerlukannya. Keadaan ini berlainan dengan keadaan semasa saya berada di kawasan terbuka di mana saya dapat melihat bermacam benda. Di mana saya dapat menilai pelbagai perkara. Tika itu ilham datang menyapa, tanpa disedari. Tahu-tahu saja ayat-ayat yang luar dari kebiasaan muncul dalam fikiran. Dengan itu terhasillah puisi atau karya yang meski tidak sebaik mana, tetapi bagi saya yang masih belajar, dapatlah dijadikan permulaan untuk mengenali seni.<br />uniknya kata-kata dalam kesenian atau sastera adalah ia tidak digunakan sesuka hati. setiap perkataan menceritakan perihal satu baris; setiap baris menceritakan perihal satu perenggan; setiap rangkap menceritakan perihal satu cerita. itu yang menjadi nilai, kemampuan penulis menyampaikan sesuatu dalam bentuk yang ringkas tetapi bermakna. di awal kewujudan kaedah ini, ia digunakan untuk menegur masyarakat arab di zaman jahiliah melalui Al-Quran di mana bahasa2 yang indah2 digunakan di dalamnya. cuma beberapa tempoh kemudiannya ia diciplak oleh barat, dan digunakan secara meluas. puisi antara cara terbaik menyampaikan teguran, dalam masa yang sama mengingatkan yang lain. maka tidak hairanlah tarafnya begitu tinggi lebih2 lagi dalam kalangan masyarakat berilmu.fidza wahabhttps://www.blogger.com/profile/04047748277433348524noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-4126037385586691732.post-89735851539280634622011-01-13T08:47:43.116-08:002011-01-13T08:47:43.116-08:00menulis puisi merupakan satu platform untuk saya m...menulis puisi merupakan satu platform untuk saya meluahkan perasaan suka,duka, sayang dan sebagainya ini kerana bahasanya yang puitis dan indah apbila digunakan. malah bahasa yang puitis bergini jarang orang menggunakan nya malah adakalanya orang seperti tidak memahami maksud disebalik setiap kata2 yang telah digunakan. antara sebab itulah saya suka menulis puisi berbanding membuat diari untuk melepaskan perasaan saya. selain itu, dengan menulis puisi saya dapat mempertingkatkan lagi pengetahuan saya berkenaan dengan gaya bahasa dan penggunaan bahasa yang baru saya dengar atau pelajari dari semasa ke semasa. saya bersetuju dengan komen yang sebelum ini yang mengatakan puisi merupakan satu jalan cerita yang ingin disampaikan oleh penulis untuk meluahkan emosi ini karana atas alasan itu juga saya berminat untuk menulis puisi sebagai pengganti kepada diari yang sebelum ini menjadi peneman saya. puisi juga membuatkan perasaan ingin tahu saya memuncak apabila adakalanya penulis menggunakan bahasa yang indah tanpa saya ketahui maksudnya dan adakalanya setiap ayat yang ditulis mempunyai banyak maksud yang tersirat dan tersurat. tetapi sayangnya ramai remaja masa kina kurang berminat dengan kecantikan bahasa melayu itu sendiri...zulaikha zuhayra sabrihttps://www.blogger.com/profile/04022518276173635965noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-4126037385586691732.post-32847640044829040472011-01-13T08:32:40.048-08:002011-01-13T08:32:40.048-08:00bagi saya puisi adalah suatu ruang untuk saya untu...bagi saya puisi adalah suatu ruang untuk saya untuk meluahkan rasa cinta, benci, rindu, dan sayang tak kira lah terhadap keluarga, kawan2 mahupun orang disekeliling saya kerana ia membuat saya rasa puas kerana disamping saya dapat melepaskan perasaan yang terpendam, saya juga dapat mempelajari dan mempertingkatkan daya kreatif pernulisan saya.Anonymoushttp://(optional)noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-4126037385586691732.post-60143643327575427572011-01-13T08:29:02.440-08:002011-01-13T08:29:02.440-08:00bagi saya puisi adalah suatu ruang untuk saya untu...bagi saya puisi adalah suatu ruang untuk saya untuk meluahkan rasa cinta, benci, rindu, dan sayang tak kira lah terhadap keluarga, kawan2 mahupun orang disekeliling saya kerana ia membuat saya rasa puas kerana disamping saya dapat melepaskan perasaan yang terpendam, saya juga dapat mempelajari dan mempertingkatkan daya kreatif pernulisan saya.Anonymoushttp://(optional)noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-4126037385586691732.post-52869038859268231602011-01-12T22:37:13.013-08:002011-01-12T22:37:13.013-08:00sememangnya dengan menulis puisi kita dapat meluah...sememangnya dengan menulis puisi kita dapat meluahkan segala perasaan di hati kita yang tidak dapat kita luahkan dengan kata-kata.puisi lebuh mudah untuk dihasilkan berbanding novel kerana ia hanya mengambil masa yang singkat berbanding untuk menghasilkan sebuah novel.namun begitu,untuk menghasilkan sebuah puisi yang bernilai tidaklah semudah yang disangkakan kerana ianya memerlukan penghayatan yang tinggi daripada penulisnya.puisi juga sesuai dihasilkan oleh semua golongan tdak mengira masa dan tempat.bagi mereka yang mungkin seorang perahsia boleh menjadikan puisi sebagai medan yang tepat untuk mereka meluahkan apa yang mereka rasa tanpa menyinggung atau menyakitkan hati sesiapa untuk mengurangkan bebanan yang mereka tanggung.di samping itu,terdapat juga penulis yang menjadikan perjalanan hidup mereka sebagai sebuah puisi untuk nasihat dan pedoman kepada generasi akan datang.bagi saya sendiri suka menulis puisi di saat kesedihan,bosan dan juga di masa terluang kerana dengan menghasilkan sebuah puisi ia dapat menambahkan ilmu pengetahuan sastera dan gaya bahasa dalam penulisan saya.puisi selalu diterjemahkan dalam bentuk nasihat dan juga kritikan tentang sesuatu terutamanya tentang perubahan sesuatu zaman..antara penulis yang terkenal di Malaysia yang saya amt kagumi ialah A.Samad Said.farhana anahttps://www.blogger.com/profile/06461794478161667674noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-4126037385586691732.post-27878849474126828552011-01-12T14:37:43.786-08:002011-01-12T14:37:43.786-08:00Meminjam kata pada antologi 'Angkatan 2000’, h...Meminjam kata pada antologi 'Angkatan 2000’, himpunan penyair-penyair indonesia, “Penyair adalah mereka yang sanggup diam di kuil-kuil di tengah hutan”. Puisi itu bukan sekadar ungkapan; madah cinta, sayang, rindu, syukur malah mencakupi segala hal dalam kehidupan sosial harian. Puisi-puisi yang dihasilkan oleh seseorang penyair itu adalah ibarat kanvas yang memapar kehidupan penyair tersebut, falsafah yang didukung, idealogi yang dipegang dan keinginan yang memberontak. Puisi juga merupakan medium terbaik menyatupadukan bangsa, negara mahupun dunia. Merujuk kepada penyatupaduan, ‘Festival Puisi Internasional Indonesia’ yang disertai oleh 45 orang penyair dari 4 negara Eropah dan 3 negara Asia merupakan contoh terbaik. Bertempat di Makassar, Surakata dan Bandung pada 2002, ianya memberi ruang buat perjumpaan budaya dan saling memahami serta menghikmati indahnya persahabatan dan silaturrahim yang dihadiri Dr. Ahmad Kamal Abdulah (Kemala) sebagai wakil dari Malaysia. Harapnya puisi-puisi yang terhasil akan terus terpelihara dan janganlah hendaknya ada pihak-pihak yang menyalah ertikan puisi yang terhasil umumnya karya sastera sebagaimana yang berlaku pada novel Interlok (Abdullah Hussain).Azry Razaknoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-4126037385586691732.post-50335980010482803142011-01-09T01:51:51.636-08:002011-01-09T01:51:51.636-08:00Sememangnya untuk menulis puisi tidaklah semudah d...Sememangnya untuk menulis puisi tidaklah semudah dan tidaklah sesukar yang disangka. Lazimnya puisi menjadi medium untuk luahan rasa dan pendapat. Jika penulis sedang dilanda kesedihan maka, jalan cerita di dalam puisi yang dikarangnya akan bernada sedih. Namun penulisan puisi yang biasa tidak akan dapat menarik minat orang untuk membacanya. Nama-nama besar seperti Usman Awang, A.Samad Said mempunyai gaya yang tersendiri yang membuatkan penulisan puisi mereka menjadi tidak klise dan menarik pembaca.<br /> Semua orang mampu menulis puisi, percaya atau tidak? Ini adalah kerana penulisan puisi moden seperti sajak sekarang tidak terikat dengan apa-apa format seperti puisi-puisi tradisional seperti syair, gurindam dan pantun. Yang melahirkan sesebuah puisi itu adalah kehendak dan minat seseorang penulis ke arah menghasilkan karya yang original dan bebas dari sebarang plagiat.<br /> Menyentuh soal puisi original atau karya sendiri, seharusnya setiap penulis baru harus berbangga dengan karya yang dihasilkan. Jangan malu-malu untuk meminta pendapat rakan-rakan kerana pendapat dan komentar dari rakan-rakan akan membantu kita untuk menghasilkan karya yang lebih indah dan bermutu. Tiada sesiapa berhak mengatakan bahawa anda tidak pandai menulis kerana semua orang mampu menulis.<br /> Selain itu puisi boleh dijadikan medium untuk anak-anak muda sekarang menzahirkan amarah, kesedihan, keriangan atau apa jua perasaan mereka. Bukan apa anak-anak muda remaja masa kini menempuh banyak arus modenisasi yang mana kadang-kala mengelirukan mereka. Justeru menerusi penulisan puisi mereka mampu menyalurkan perasaan mereka ke arah yang lebih baik. Tentunya cara ini lebih bernas berbanding daripada melihat mereka 'merempit' atau melakukan perkara lain yang tidak berfaedah!<br /> Saya mendapat info apabila membaca artikel Encik Wira bahawa penulisan puisi di barat juga merupakan pengaruh dari kesenian yang diabwa oleh tamadun Islam dahulu kala. Sepatutnya kita membawa karya-karya kita agar sebaris dengan karya-karya agung penyair Islam dahulu-kala. Sesungguhnya keagungan tamadun Islam dahulu kala dari kerajaan Umayyah sehingga lah kepada kerajaan Uthmaniah harus kita kembalikan.<br /> Akhir kata penulisan puisi adalah sesuatu yang universal dan boleh menjadi medium untuk semua orang menzahirkan rasa. Hargailah setiap karya-karya yang dihasilkan supaya apabila anda pula berkarya orang lain akan menghargainya.CareyAmariaHnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-4126037385586691732.post-84849767985479802782011-01-08T23:00:40.407-08:002011-01-08T23:00:40.407-08:00Ya, memang benarlah apa yang tercoret dalam laman ...Ya, memang benarlah apa yang tercoret dalam laman puisi rampai ini. Puisi. Ianya satu perkara yang subjektif. Segala luahan yang kita tulis di atas kertas merupakan sebuah puisi. Namun ia tak semudah yang disangka. Puisi memerlukan penghayatan yang kuat dalam luahan rasanya. Dalam menghayati luahan rasa semasa menulis, seorang penyair akan menjadi waras dalam penggunaan bahasanya secara spontan. Sebenarnya sesetengah penyair bukanlah sengaja ingin meluahkan apa yang terbuku di hati tetapi mencuba untuk tidak memendam rasa. Walaubagaimanapun mereka amat perahsia, lalu di luahkan di atas kertas tanpa menggunakan cara penulisan yang biasa. Mereka berkias-kias kerana tidak mahu rahsia di hati tersebar. Kerana itulah kadangkala kita tidak dapat menangkap keseluruhan makna sesebuah puisi dan terpaksa membuat kesimpulan sendiri. Seseorang penyair sengaja menjadikan perjalanan hidupnya sebagai sebuah puisi. Kebiasaannya penyair terdiri daripada insan yang terpaksa melalui hari-hari yang sukar sejak mereka masih lagi digelar kanak-kanak. Seorang penyair bersifat sensitif dalam kehidupannya. Seperti sasterawan negara Allahyarham Usman Awang, beliau dididik untuk tidak bergantung pada orang lain. Kehidupannya sebagai seorang anak nelayan yang miskin dan serba kekurangan menjadikannya seorang yang tabah mengharungi segala cabaran hidup sehinggalah akhir hayatnya. lalu bagaimana beliau merintih kerana kehilangan adik perempuan yang baru berapa bulan dilahirkan. Adik perempuan amatlah dinantikan oleh mereka sekeluarga. Kemudian mereka sekeluarga sekali lagi kehilangan seorang yang amat dicintai iaitu ibu. Itulah sebahagian kisah hidup zaman awal Usman Awang yang menjadikan saya cukup sensitif dalam mengharungi segala kisah hidup saya.nurlarahttps://www.blogger.com/profile/13153816340777267864noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-4126037385586691732.post-42596416691975852952011-01-08T14:15:54.932-08:002011-01-08T14:15:54.932-08:00puisi merupakan 1 jalan cerita yang ingin disampai...puisi merupakan 1 jalan cerita yang ingin disampaikan oleh penulis.puisi juga merupakan satu tempat untuk penulis meluahan segala emosi dan ketidakpuasan hati.puisi juga tidak mudah dihasilkan kerana penulis perlu menghayati keadaan tersebut untuk menghasilkan sebuah puisi yang cantik.puisi juga boleh dikaitkan dengan sebuah cerita pendek kerana pembaca tidak perlu mengambil masa yang lama untuk memahami jalan penceritaan.ini kerana puisi hanya ditulis di atas sehelai kertas berbanding cerita novel.puisi juga senang dihasilkan oleh semua orang tidak mengira masa dan tempat.puisi ini merupakan satu perasaan yang dipendam dan ingin diluahkan melalui kata-kata tetapi takut hati seseorang dilukai.kebanyakan puisi yang dihasilkan adalah dari cetusan perasaan sendiri.penulis menghasilkan puisi untuk dirinya sendiri dan juga pada pembacanya.puisi dihasilkan tanpa paksaan dan dihasilkan dengan lembut apabila ianya datang dari hati penulis.puisi selalunya diterjemahkan melalui bentuk kebendaan.penulis akan meminimum perkataan yang digunakan dalam sebuah puisi dan akan melebihkan dari aspek imej,prosa dan bunyi. Nasihat, teguran, kritikan dan komen sukar dilafazkan dengan perkataan, tetapi dengan sebuah puisi dalam dijelmakan dengan perkataan yang disusun dengan bait-bait kata mengasyikkan dan mempersonakan. Sesungguhnya, sebuah puisi dapat menonton manusia sama ada kebaikan dan kejahatan. Cuma barangkali, yang kejahilan sahaja yang tidak dapat memahami perasaan penyair dalam sesebuah puisi kerana kejahilannya menguasai kesenimanan dirinya.Le'P'aKhttps://www.blogger.com/profile/08802359780422905393noreply@blogger.com