Menulis skrip satu bidang yang sangat mencabar dan memerlukan ketabahan. Individu yang ingin menjadi penulis berdepan dengan pelbagai masalah sehingga menjadi naskhah skrip yang baik. Bidang penulisan skrip bukan bidang yang baru, tetapi telah diceburi oleh mereka yang terdahulu. Penulis skrip filem ataupun skrin memerlukan ketajaman pemikiran dan bebas daripada genre penulisan yang lain. Skrip ataupun lakonlayar merujuk dialog dan beberapa annotation bagi memahami pergerakan dan ianya tidak sebagaimana dramatic literature.
Sebuah skrip biasanya dibangunkan pelbagai tahap yang berbeza, daripada sinopsis, idea asal, melalui satu pemikiran yang diterjemahkan daripada pemikiran bahasa kesusasteraan pada bahasa filem untuk penggambaran. Selain itu, sebuah skrip biasanya merujuk pada dialog dan penganotasian dengan segala macam rencah butiran teknikal, kerja kamera dan lain-lain. Sebuah skrip penggambaran mempunyai adegan-adegan yang dirangka dalam arahan mengikuti format yang lazim digunapakai secara standard.
Selain itu, menulis skrip lakonlayar bukan mudah, kerana memerlukan ketelitian pemahaman mendalam mengenai sesuatu isu atau subject matter yang ingin dipaparkan. Setiap paparan perlu berlandaskan logik akal bagi menafsirkan mesejnya di atas kertas. Penafsiran setiap mesej sering ditandai dengan isu-isu semasa yang menangani permasalahan sejagat. Permasalahan sejagat adalah menampilkan hiruk-pikuk dan kemelut konflik yang dialami audiens yang bakal menonton karya tersebut. Begitulah kesukaran yang perlu dibebani penulis skrip bilamana mengayamkan ideanya dalam skrip lakonlayar untuk masa yang singkat, padat dan tepat di atas layar.
Poster Hiasan |
Kesukaran menghasilkan skrip lakonlayar adalah disebabkan kecetekan ilmu si penulis untuk mengalirkan ideanya menjadi naskhah skrip. Aliran idea perlu diperah daripada otak dan dicernakan dalam minda sehingga membuahkan karya bermutu yang dipindahkan dalam skrip lakonlayar. Skrip lakonlayar akan menjadi sebuah filem tetapi bukan terdampar sebagai closet film sahaja. Justeru, individu yang ingin menjadi penulis perlu mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu sub-bidang untuk digauli dalam satu pemikiran sebuah skrip lakonlayar.
Kedapatan masakini paparan dalam filem tempatan kecundang menerjui cemerlangannya yang dianggap filem terbaik dan bermutu. Kegagalan ini barangkali, idea mereka tersepit dalam kerangka kurang ilmu dalam genre penulisan filem. Genre penulisan filem bukan sebagaimana genre novel dan cerpen yang penulis boleh sewenang-wenang mengangkat setiap isu diterjemahkan dalam prosanya. Penulisan lakonlayar mengelumangi beberapa elemen seperti; visual, aksi, dialog, pemikiran, persoalan dan falsafah. Elemen-elemen tersebut dapat memisahkan genre sastera novel dengan genre sastera dramatik filem yang mana memiliki ciri-ciri kebahasaan tersendiri.
Setiap idea yang dipaparkan dalam skrip perlu mensejiwai visual. Ertinya, seluruh idea penulis perlu diterjemahkan dalam visual mengikut kepaksian filem yang terhad berlandaskan frame-framenya. Setiap saat filem mengandungi 24 frame yang memakan budget besar jika idea yang dialirkan tidak bermanfaat. Yakni tumpuan mata audiens berkisar mengikut frame filem, tetapi bukan dalam ayat-ayat prosanya sebagaimana sebuah novel dan cerpen. Novel dan cerpen memiliki keperbadian tersendiri sebagai sebuah karya prosa dan audiens atau pembacanya dibolehkan membuat intrepetasi pelbagai mengikut kefahaman masing-masing dari segi visualisasi dalam minda mereka.
Contoh, penulisan novel menggambarkan sesuatu adegan dalam novel berdasarkan ayat-ayat yang diprosakan menggunakan bahasa dan stail tersendiri bagai menarik minat pembaca. Minat pembaca akan lebur jika penulis gagal mensuasanakan penceritaannya dengan menwarnaikan bahasa-bahasa novel sebagai mediumnya. Di antara ahli teori dalam bidang sinema sebagaimana, Christian Metz berpandangan bahawa imej sinamatik secara linguistiknya terdiri daripada satu ataupun beberapa perkataan. Walaupun sinema adalah bahasa tetapi tidak terikat dengan sistem bahasa itu sendiri kerana ianya digauli dengan “Mise en scène”.
Ketelitian penggunaan baris-baris ayat dalam novel perlu dijalini dengan cermat, supaya audiens dapat menaksirkan pergerakan cerita dalam visual mindanya. Menggambarkan sebuah bangunan KLCC runtuh dalam novel mudah, tidak memerlukan kos, tetapi dalam filem sebaliknya. Barangkali, teknologi filem terkini menggunakan teknik CGI dapat mengurangkan kos, tetapi realistiknya kabur. Walau bagaimanapun, ianya tetap membabitkan baget kewangan yang bukan sedikit kerana memerlukan kepakaran yang menagih upah yang besar.
Poster Hiasan |
Jika dalam novel, untuk mengambarkan air yang mengalir lesu, cukup dengan ayatnya sahaja, tetapi dalam filem memerlukan shot dengan sudut tertentu yang melibatkan seharian untuk shooting di lokasinya seperti sungai, air terjun dan sebagainya. Manusia yang terlibat dalam penggambarannya bukan sedikit yang membuatkan producer garu kepala. Penggambaran juga melibatkan unsur-unsur alam seperti cuaca, masa, malam dan siang dan lain-lain. Unsur-unsur alam ini memberi impak berbeza dalam setiap adegan filem yang perlu diatur dan dirancang penuh teliti juga melibatkan kos yang tinggi dan bukan sedikit. Ianya bukan berindak sebagai onemanshow tetapi sebaliknya.
Sebuah novel boleh dihasilkan dalam sebulan atau kurang, tetapi, filem bertahun, kerana melalui beberapa tahap produksinya dari mula sehingga ditayangkan. Penerbitan filem melalui proses yang lama melibatkan pelbagai manusia bekerja cuma hanya dalam termatic value, tetapi novel hanya berdepan dengan kekunci komputer atau laptop dengan mengalirkan idealistiknya sahaja. Nah! elemen visual dalam novel cuma imaginasi sahaja, manakala visual dalam filem adalah sahih. Visual dalam novel dan filem kedua-dua medium ini membabitkan penggunaan bahasa dan linguistiknya. Sehubungan dengan itu menurut pendapat
“...the cinema is different from language because cinematic conventions involve a one-way communication from producer to receiver, unlike language, which is a two-way communication. But this is not actually correct: the one-way reception and comprehension of linguistic codes also occur when we listen to the news on the radio, or, for that matter, when we read a novel or poem whose author has long been dead, and who would thus not be able to engage in a two-way communication with us in any way, but this does not make the language of the poem or novel less ‘linguistic’ than the language of two-way conversational interaction...” (1974a: 44-9).
Untuk mengetahui sebuah filem, audiens perlu mengetahui genre filem iaitu feature film dan narrative film. Istilah feature filem sering juga dirujuk sebagai narrative film. Namun feature film mencakupi 100 minit, manakala narative film lebih pendek lagi. Feature filem selalunya teras filem yang ingin ditontoni oleh audiens di pawagam. Mengikut sejarah dunia perfileman, “The Great Train Robbery” (1903) merupakan feature filem pertama, walaupun ianya hanya sepanjang 12 minit sahaja. Mengikut sejarah, filem pendek lahir sebelum ini seperti The Execution of Mary Queen of Scots (1895), telah dihasilkan tidak lama filem diciptakan dan diterbitkan oleh Edison Company, yang diasaskan oleh Thomas Edision.
Poster Hiasan |
Justeru, filem yang berkaitan dengan naratif sudah wujud sebelum filem menjadi medium popular untuk penonton. Sama ada penonton menyedari hakikat bahawa filem adalah dirinya dan sekelilingnya, barangkali pemikiran ini tidak jauh daripada individu tersebut menonton sebuah filem. Sebuah filem juga tidak boleh berdiri sendiri tanpa mengelumangi permasalahan sejagat yang merupakan aset untuk dunia perfileman itu sendiri. Bahkan, sebuah filem dikandung dalam pemikiran manusia sebelum dijelmakan dalam layar dan pentas kanvas serta media lainnya. Makanya; penghasilan skripnya memerlukan skil tertentu yang perlu dipelajari dari segi kaedah penciptaan sehingga menjadi naskhah sebagai peta untuk tujuan penggambaran.
Skrip yang telah dihasilkan mengandungi aksi-aksi untuk difilemkan dan diterjemahkan oleh seorang pengarah sehingga boleh difahami oleh audiens yang mempunyai rangkaian pemikiran kreatif. Mereka yang arif lebih mudah mencaduk pemikiran dalam sesebuah filem yang tidak akan memberi penjelasan A to Z apakah yang terselindung dalamnya. Aksi dalam filem adalah realiti dan bukan hayalan sebagaimana penulisan sebuah novel, walaupun novel tersebut boleh diterjemahkan ataupun diadaptasikan dalam sebuah filem. Pengadaptasian karya prosa ke filem bukan mudah, kerana membabitkan pelbagai aksi dan dengan pelbagai keperluan kos yang bukan sedikit jumlahnya. Ini yang menyebabkan aksi-aksi di dalam sesebuah filem dirancang penuh teliti dengan pengiraan kos dan lain-lain peruntukan.
Justeru, penulisan skrip filem memerlukan ketelitian penulis untuk mengenalpasti kecermatannya menggunakan aksi dalam karyanya. Jika penggiraannya tidak cermat, makanya karya skripnya juga tidak mudah diterima oleh penerbit ataupun pengeluar filem. Kecekapan inilah perlu dipelajari oleh si penulis dalam melayari pemikirannya untuk menjadikan ideanya sebagai karya filem. Sebuah karya filem yang terbaik mempunyai logik akal dalam serba-serbi yang memenuhi semua tuntutan sama ada di pihak penerbit, pengiat seni dan artis terbabit sebagai tulang belakang pengkaryaan filem. Ini penting, kerana kos sebuah filem bergantung daripada kerangka pemikiran dalam sesebuah skrip. Sesebuah skrip yang telah siap dapat memberi jawapan sama ada ianya diterima ataupun tidak oleh audiens berdasarkan data pemungutan penjualan tiketnya.
Filem: Bujang Lapok |
Aksi-aksi dalam filem digerakkan melalui karya dalam sesebuah skrip, tetapi adakah semua aksinya diperlukan untuk menjadikan sebuah filem menangkapi minat audiens? Peranan penulis tidak sewenang-wenangnya meletakkan aksi-aksi atas kertas sebagaimana dalam sebuah filem. Aksi dalam kertas yang memakan masa cuma beberapa minit untuk disiapkan dengan hanya mengetuk kekunci komputer ataupun laptop. Tetapi, aksi-aksi yang digariskan dalam skrip tidak semestinya memakan masuk beberapa minit juga, kerana pengantungan pada keperluan produksi yang tidak menguntungkan. Sebagaimana yang diterangkan sebelum ini, sebuah jambatan boleh diruntuhkan dalam sebuah novel, tetapi dalam filem akan menjadi mustahil untuk direalisasi mengikuti pengukuran kesahihan akal.
Aksi-aksi dalam filem banyak membantu memartabatkan sesebuah filem mewah ataupun miskin kerana bajetnya. Jika ianya sebuah filem
Visual menggambarkan seribu makna sama ada tersurat ataupun tersirat. Namun, tanpa dialog, mana tersurat dan tersirat tidak dapat dimengertikan dengan tepat dan jelas. Ketepatan dan kejelasan mesej dalam visual yang digambarkan dalam sinema dibantu dengan adanya dialog oleh para pelakonnya. Justeru, dialog memperincikan setiap yang berlaku dengan gabungan aksi pelakon menjadikan persembahan sinema lebih berkesan. Keberkesanan sebuah persembahan sinema memerlukan sokongan semua elemen-elemen yang didokongi krew penerbitan dan lain-lain. Malah krew penerbitan menjadi tunjang terpenting dalam senario pembikinan sebuah filem yang melibatkan semua pihak.
Filem: Antara Dua Darjat |
Oleh itu, dailog yang dihasilkan dalam penulisan skrip perlu memenuhi piawaian mengikut format yang dikehendaki. Penghasilan sesuatu dalam dalam skrip perlu teliti dan kemas, kerana visual telah menggambarkan pelbagai makna dan tugas dailog tidak lebih memberi kejelasan dan perinciannya sahaja. Jika dailog tidak seiringi dengan visual, makanya gambaran dalam sinema berlaku redundansi yang mana memberi impak negatif bagi penerimaan audiens. Sudah tentu filem yang ditontoni mereka tidak memberi kesan sebaliknya menerpa kebosanan tegal. Ini yang berlaku dalam bidang penulisan skrip, kerana kerap terjadi kelemahan dailog yang sering bertindan dengan visual. Misalnya, visual telah menggambarkan seorang penjahat memegang pisau, tetapi dalam dailog penjahat menyebut “Kau nampak aku pegang pisau untuk membunuh kau”. Dailog tersebut memberi penjelasan bertindan kepada audiens yang telah maklum menyaksikan dalam visual penjahat memegang pisau. Dailog yang sebetulnya ialah “ Aku bunuh kau! ataupun tidak perlu dailog, cuma tindakan dan aksi sahaja yang dilakonkannya Ini adalah contoh sebagai kesalahan yang nyata yang perlu diteliti dan dititikberatkan oleh penulis.
Sebagai untuk memotivasi penulis baru, sesungguhnya untuk menghasilkan skrip tidaklah mustahil dalam waktu yang singkat. Seorang pelakon terkenal Hollywood; Sylvester Stallone pernah menulis skrip filem Rocky hanya tiga hari dan mencatat sejarah Hollywood sebagai filem paling berjaya dan begitu juga dengan Kevin Williamson yang menulis Scream dalam hanya empat hari-hari sahaja. Skrip tersebut paling tertinggi pernah dibayar kepada penulis di
Justeru, zaman ini cara yang terbaik untuk menyebarkan ajaran Islam adalah melalui media. Sudah tentu media elektronik seperti televisyen, filem dan lain-lain memainkan peranan cepat dan pantas penyebaran agama suci ini. Manusia yang dilahirkan sebagai penulis adalah memegang tanggungjawab yang besar ke arah itu. Mereka adakan dipersoalkan di hadapan Allah Rabuljalil di atas usaha-usaha mereka dan peranan mereka sebagai penulis. Bakat besar yang diberikan Allah s.w.t kepada manusia penulis adalah untuk menjadi pembimbing manusia lain di dunia.
Sesebuah karya agong yang dihasilkan oleh penulis bukan untuk dimegah-megahkan, kerana karya itu datang daripada Allah s.w.t. Manusia adalah ciptaan Allah s.w.t, justeru pemikiran yang baik jadikan sebagai sebuah karya agong walaupun seseorang hanya terdaya menghasilkan sebuah puisi sahaja seumur hidupnya. Justeru, manusia penulis yang ingin menceburi dalam bidang ini seharusnya menanam cita-cita suci dan ikhlas untuk menjadi penulis kerana Allah s.w.t. tetapi bukan kerana dunia semata-mata. Oleh itu, insan yang berbakat yang meminati bidang ini seharusnya menanamkan cita-cita sebegitu untuk menjadi seorang penulis, yang mendapati keredaan Allah s.w.t. Sesungguhnya, ketajaman pemikiran penulis melakukan transformasi idea daripada pebagai genre sehingga terbentuk atau terhasil sebuah karya adalah anugerah bakat daripada Allah Rabuljalil yang Maha Pencipta.
Rujukan
1. Bazin, André. What Is Cinema?, 2 vols. Translated and edited by Hugh Gray. Berkeley : University of California Press, 2005.
2. Bobo, Jacqueline. Black Women as Cultural Readers. New York : Columbia University Press, 1995.
3. Eisenstein, Sergei. Film Form. Translated by Jay Leyda. San Diego : Harcourt, Brace, Jovanovich, 1977.
4. Feng, Peter X. Screening Asian Americans. New Brunswick , NJ and London : Rutgers University Press, 2002.
5. Gaines, Jane M. Fire and Desire: Mixed-Race Movies in the Silent Era. Chicago , IL : University of Chicago Press, 2001.
7. Hansen, Miriam. Bable & Babylon: Spectatorship in American Silent Film. Cambridge , MA : Harvard University Press, 1991.
8. James, David E. Allegories of Cinema: American Film in the Sixties. Princeton , NJ : Princeton University Press, 1989.
9. Kracauer, Siegfried. From Caligari to Hitler: A Psychological History of the German Film. Princeton , NJ : Princeton University Press, 2004.
10. Nichols, Bill. Introduction to Documentary. Bloomington : Indiana University Press, 2001.
11. Sarris, Andrew. The American Cinema: Directors and Directions, 1929–1968. New York : E. P. Dutton and Co, 1968.
12. Shohat, Ella, and Robert Stam, eds. Unthinking Eurocentrism. New York and London : Routledge, 1994.
13. Wood, Robin. Personal Views: Explorations in Film. London : Gordon Fraser, 1976. Revised edition; Detroit , MI : Wayne State University Press, 2006.
10 comments:
penuisan skrip yang baik bukan sahaja memerlukan ilmu yang hanya berlandaskan akademik sahaja,malahan penglaman dan daya imaginasi yang kadang kala hanya singgah secara tiba tiba menyelinap dalam fikiran boleh menghasilkan satu karya yang berkualiti.Gabungan antara kedua duanya dan berasaskan maklumat yang tepat pastinya akan berjaya mengangkat martabat sesebuah jalan cerita yang mantap dan berkesan di hati pembaca.Sasterawan negara ada menyatakan bahawa generasi penulis muda yang diibaratkan seperti cendawan yang baru tumbuh perlu dijaga dan dilatih ajar cendawan yang dihasilkan bukan akhirnya tercampat kedalam sup.Jelas disini menunjukkan bahawa penulis muda yang merupakan tapuk negara pembina hasil hasil karaya ini,perlu melalui suatu pengalamandan ditatih agar pendapat dan idea mereka ini didengari dan mendapat tindak balas dan dihargai barulah hasil yang mereka persembahkan benar benar berkualiti.Kewujudan golongan ini sebenarnya memerlukan perhatian.Kumpulan penulis muda yang diwujudkan di negara ini menunjukan bahawa bidang penulisan masih lagi mendapat tempat di hati jiwa remaja.Persidangan antara banyak jiwa ini akan meberikan semngat yang lebih berkobar kobar untuk menghasilkan daya kreativiti.Pnulisan skrip yang baik bukan sahaja memberikan pulangan yang banyak terhadap pengkarya,tetapi hasil moral yang diterapkan adalah berbentuk semangat ijtihad.Berunsurkan nilai nilai yang baik akan mengakatkan lagi mutu karya seseorang.Karya yang tidak elok seharusya tidak langsung terus di masukkan kedalam tong sampah sebalikanya meneliti setiap bait bait dan bersama sama membantu dalam menggubah karya itu menjadi lebih baik.Hasilnya,ketandusan idea tidak akan wujud sekiranya setiap karya dinilai dan membuat perubahan kearah lebih dramatis..
menulis skrip berbeza dengan menulis novel ini kerana menulis skrip memerlukan fakta dan setiap apa yang kita tulis itu mestilah mengikut genre apa yang kita tulis. manakala bagi seorang penulis novel mereka hanya memerlukan daya kreativiti dan imaginasi mereka untuk membuatkan pembaca tertarik dengan apa yang ditulis. selain itu juga, gaya penulisan seorang penulis skrip mestilah tidak terlalu berbunga-bunga atau terlalu melebih-lebih hanya cukuplah kalau sekadar untuk menunjukkan ekspresi gaya atau muka sahahja. ini berbeza dengan seorang penulis novel kerana mereka memerlukan ayat-ayat yang berbunga-bunga untuk menarik minat pembaca.
memang penulisan skrip untuk filem lebih rumit berbanding menulis novel akan tetapi setiap penulisan yang dihasilkan ada keistimewaannya tersendiri. penulis yang baik dapat menarik perhatian penonton diluar tidak kira umur, bangsa, kaum dan agama. seperti yang saya perhatikan skrip yang dapat menarik perhatian penonton adalah skrip yang kreatif, menggunakan ayat-ayat yang banyak berunsur jenaka. masyarakat kini lebih memilih filem filem berunsur jenaka. selain itu, skrip yang baik
ialah dimana seorang penulis skrip itu mempunyai daya imaginasi yang tinggi dimana dapat diterapkan dalam skrip mereka. tambahan lagi, skrip yang mempunyai permulaan, pertengahan, penutup yang baik atau lebih dikenali dengan plot. dengan adanya plot yang baik , penonton akan sentiasa tertanya-tanya dan menanti nanti apa yang akan terjadi pada scene seterusnya. ini membuatkan penoton terus menonton sesebuah filem. tambahan lagi untuk menghasilkan sesebuah skrip yang baik penulis itu haruslah memikirkan sesebuah trademark untuk filem itu sendiri supaya akan diingati sampai bila-bila.
asalammualaikum..pada pendapat saya skrip adalah satu penulisan perjalanan sebuah lakon layar. Ia menentukan arah tuju ke mana sebuah cerita itu bergerak. Bermula dari titik pertama,titik pertengahan hinggalah ke titik akhir. Di dalam erti kata lain skrip adalah lakaran perjalanan hidup bagi setiap watak dan sekitarnya di dalam sebuah lakon layar. Kadangkala kesukaran menghasilkan skrip filem mungkin disebabkan kecetekan ilmu penulis untuk menghasilkan sebuah karya yang membuahkan hasil yang lumayan.penulisan skrip filem memerlukan ketelitian penulis untuk mengenalpasti kecermatannya menggunakan aksi dalam karyanyaarya yang baik. Berbanding dengan penulis novel yang selalu menggambarkan sesuatu adegan dalam novel berdasarkan imaginasi dan stail-stail ayat yang menarik dan menarik perhatian pembaca. penulis novel akan selalu mewarnai bahasa-bahasa novel sebagai medium utamanya atau setiap bait-bait ayat akan dijalin dengan kemas supaya dapat menarik perhatian daripada pembaca.
sepertimana yang dapat dilihat,penulisan skrip bukanlah semudah yang disangka. hasil penulisan skrip yang berkualiti dan bermutu tinggi akan terhasil sekiranya individu tersebut sedikit sebanyak mempunyai kelebihan atau bakat dalam ilmu penulisan selain daripada ilmu yang telah dipelajari.skrip yang berkualiti juga memerlukan penyusunan jalan cerita yang baik. jalan cerita yang baik haruslah mengikut teknik plot dengan betul.seperti yang saya ketahui, penggunaan bahasa dalam skrip adalah berbentuk bebas.bahasa didalam skrip lebih kepada bahasa harian kita.tetapi tidak semua skrip boleh menggunakan bahasa bebas.bagi saya,skrip yang menggunakan bahasa klasik atau tradisional lebih bernilai dan bermutu tinggi nilainya jika dibandingkan dengan penggunaan bahasa biasa.sesiapa sahaja bisa menulis skrip menggunakan bahasa harian kita tetapi tidak untuk skrip tradisional.saya amat tertarik dengan ayat daripada petikan diatas,'setiap idea yang dipaparkan di dalam skrip perlu mensejiwai visual.bagi skrip filem mahupun drama, penulisan skripnya haruslah ditulis dengan teliti apa yang harus dilakukan oleh pelakon untuk divisualkan kepada penonton.skrip itu harus seiring dengan apa yang bakal dilakonkan.
berbeza pula dengan penulisan novel.penulisan hanya perlu menulis apa yang ada diminda tanpa perlu meneliti setiap pergerakan di dalam cerita tersebut.penulis novel bebas untuk menulis tanpa perlu memikirkan soal bajet dan sebagainya untuk dilakonkan.penggunaan bahasa didalam novel lebih sesuai berbahasa baku atau bahasa skema. bahasa yang tersurat dan tersirat disebalik setiap ayat.kebanyakan novel pada masa kini berbentuk novel cinta.penggunaan bahasanya kurang berkualiti.berbeza dengan novel pada zaman dahulu.bahasa yang digunakan amat sukar difahami tetapi sangat berkualiti dan berilmiah..
bagi saya,penulisan merupakan sesuatu yang mudah tetapi setiap hasil kerjanya harus diteliti sebaik mungkin.
Assalamualaikum.
Pada pendapat saya, tidak kira sama ada penulisan skrip untuk sesebuah filem atau sesebuah novel merupakan sesuatu perkara yang amat rumit .
Ini kerana untuk menulis sesuatu yang bisa dibaca dan dihargai amatlah sukar. Seseorang penulis haruslah bersifat spontan dan santai tetapi dalam masa yang sama serius untu menyampaikan sesuatu mesej bagi menarik minat seseorang pembaca terutamanya dikalangan pembaca remaja kerana mereka sering memandang enteng tentang isu semasa atau karya sesebuah penulisan.
Setiap penulisan membawa sesuatu mesej yang ingin disampaikan tidak kiralah sama ada melalui filem mahupun novel .
Bagi pandangan saya, walaupun penulisan skrip bagi sesebuah filem amatlah sukar dan memakan masa, namun hasilnya amat memberangsangkan. Maksudnya disini ialah mesej yang ingin disampaikan lebih mudah diterima pakai oleh masyarakat terutamanya anak muda kerana filem sering memaparkan isu-isu semasa. Para remaja kini mudah terpengaruh dengan anjakan paradigma yang dibawa oleh sesebuah filem. Justeru filem merupaka medan mudah untuk seseorang karyawan seni memaparkan mesej yang ingin mereka sampaikan kepada masyarakat umum.
Manakala bagi penulisan novel pula, karya seseorang penulis novel sering dihayati oleh seseorang insan seni yang berjiwa lembut dan sering ingin menerokai imaginasi. Justeru penulisan novel juga amatlah sukar kerana penulis memerlukan imaginasi yang mampu menarik minat para pembaca untuk kekal menghayati jalan cerita. Penulisan novel juga memerlukan kajian yang tepat kerana bukan semua didalam novel ialah rekaan semata-mata.
Pada pendapat saya, penulisan melibatkan daya kreativiti dan imaginasi yang tinggi . Idea yang kreatif tidak akan datang secara tiba-tiba. Ia melibatkan masa dan tempat yang sesuai untuk mencari ilham.
Penghasilan skriip filem yang baik juga tidak semestinyya mampu menyampaikan mesej yang sempurna kepada masyarakat. Ini kerana sekiranya skrip filem tersebut diolah seberapa baik pun oleh penulisnya, tetapi sekiranya pengarah tidak dapat merealisasikan imaginasi penulis tersebut, mesej yang ingin disampaikan tetap tidak akan berjaya disampaikan secara sempurna.
Lain pula halnya bagi penulisan novel. Karya sesebuah novel lebih senang difahami dan dihayati walaupun dengan hanya melalui bait kata yang indah dan mendayu-dayu daripada visual seni yang menggambarkan sesuatu secara berlebihan tanpa faedah.
Konklusinya disini, penghasilan karya penulisan yang baik haruslah mempunyai mesej dan buah fikiran yang bernas untuk diterima pakai oleh masyarakat. Tidak kiralah karya penulisan tersebut digunapakai untuk filem mahupun novel, kita haruslah menghargai penulisan tersebut kerana ia ibarat buah idea seorang karyawan yang sedang memperjuangkan keagungan ilmu di Malaysia.
Bidang ini merupakan sesuatu yang besar bagi sesetengah pihak yang tidak mempunyai pemikiran yang meluas atau bagi mereka yang tidak mampu menjana pemikiran kritis. Karya dan kualitiamat diperlukan, dan justeru itu bukan boleh dibuat dengan serkap jarang sahaja. Apabila sesuatu idea yang berkualiti berjaya diterbitkan, ini pula menjadi suatu masalah kepada bahagian terbitan, kerana kebanyakan idea-idea ini memerlukan kos-kos yang tinggi apabila diterbitkan. Namun bukan itu masalahnya, tetapi masalahnya di penulisan itu sendiri. Walaupun memerlukan kos yang tinggi apabila diterbitkan, tidak bermakna filem tersebut akan berjaya. Yang penting ialah daya imaginasi dan kreativiti penulis itu untuk menarik hati penonton. Bagi setiap filem, ada identiti sendiri, dan itu yang membuat ia lain dari yang lain. Identiti ini digabungkan dengan sentuhan dari penulis, dan pengarah filem itu sendiri. Jika menarik sesuatu identiti itu, maka penonton juga mungkin akan tertarik.
Menulis skrip adalah salah satu kerjaya yang hebat kerana penulis skrip adalah seperti tuhan yang menentukan bagaimana dunia(cerita) yang diciptanya bermula dan berakhir. Jadi, jika anda ingin menjadi hebat, jadilah penulis skrip.
Tanggungjawab sebagai seorang penulis merupakan suatu amanah dalam masyarakat. Sebagai seorang penulis, kita menjadi pemacu minda bangsa. Berada setapak di hadapan dan memimpin pemikiran pembaca. Dalam penulisan skrip, amanah turut sama bekembang kerana penyampaian sesebuah cerita melalui media skrin tiada batasan.
Sepertimana yang disebut dalam entri di atas, kesukaran berlaku apabila, seorang penulis skrip itu cetek ilmunya. Oleh sebab itu, perlu sebagai seorang penulis mempunyai pemikiran luas, bukan sahaja dari segi gaya penulisan, tetapi idea asal yang mencana minda. Pada pendapat saya, penulis boleh mengetangahkan idea dan konsep di dalam skrip penulisannya walau segila mana pun. Tetapi penyampaian cerita perlu difahami oleh penonton. Bak kata penulis skrip tersohor, Joseph L. Mankiewicz, perbezaan kehidupan dan filem, adalah sebuah skrip perlu difahami manakala hidup tidak. Di samping itu, saya amat mengagumi penulis skrip, Charlie Kaufman, yang merupakan segelintir individu yang mengetengahkan idea penulisan surrealism dalam filemnya. Beliau membuktikan ketajaman seorang penulis yang berbeza, berjaya mencipta sebuah dunia berbeza yang merobohkan batas pemikiran manusia.
Skrip sebagai pemacu pemikiran adalah satu ideologi yang sangat penting. Penyampain pemikiran melalui skrin merupakan cara yang sangat berkesan dalam dunia teknologi masakini. Seorang penulis skrip harus menongkah arus pemikiran, bagi memacu pemikiran bertaraf lebih tinggi dalam menghasilkan idea yang lebih bernas dan berbeza. Oleh sebab itu, penulis perlu peka mengenai ilmu dunia, dan mengambil semua peluang menimba ilmu yang kini tiada batasan.
Jelas dikatakan, seorang penulis tidak boleh mempunyai alasan 'tidak tahu' dalam kamus hidup. Apa yang tidak diketahui akan dicipta oleh si penulis, kerana mereka adalah pencetus minda masyarakat.
Hebatnya seorang penulis skrip boleh dibandingkan dengan mana-mana pemimpin dunia. Kuasa ada pada tangan seorang penulis, bukan sahaja memimpin, tetapi juga mencipta.
Assalamualaikum,
Setelah membaca blog ini, minda saya menjadi lebih terbuka dalam membuat skrip. Tidak semestinya apa yang kita tulis itu diterima oleh orang yang akan menonton filem. Untuk membuat skrip, seseorang itu perlu ada pakej.
Membuat skrip memerlukan daya imaginasi yang tinggi kerana apa yang dituliskan di dalam skrip akan diubah dalam bentuk visual. Kerana inilah penulis perlu berhati-hati kerana apa yang dinyatakan di dalam skrip akan menjadi lain apabila difilemkan. Misalnya, apabila penulis skrip menyatakan keadaan yang lain dalam sesebuah babak, namun ketidaksefahaman dengan direktor boleh memesongkan filem itu menjadi situasi yang lain. Saya juga sedar yang seorang penulis skrip perlu ada ilmu. Bayangkan jika seseorang itu hendak menghasilkan sebuah skrip sains fiksyen namun tidak ada ilmu asas dalam sains, mungkin cerita itu akan menjadi mengarut. Sama juga seperti membuat filem agama, jika tiada ilmu agama, tidak kena skrip itu dengan tema.
Saya juga membuat satu teori, bahawa seorang penulis skrip yang ingin hebat perlu menghasilkan dialog tersendiri (lain dari yang lain). Dengan ini, apabila dijadikan dalam bentuk visual nanti, penonton sudah dapat tahu siapa penulis skrip itu. Oleh itu, biarlah dialog yang dikeluarkan nampak berbeza tertapi masih lagi menarik supaya ia boleh menjadi salah satu trademark kita dalam industri seni ini.
Post a Comment