Tuesday, July 2, 2013

Kubur Arahan dan Karya Wiramanja

55 comments:

Anonymous said...

Berdasarkan pendapat saya, jalan cerita Kubur ini penuh dengan pengajaran dan mampu memberi kesedaran kepada semua golongan terutamanya golongan yang mementingkan wang dan diri sendiri tanpa menghiraukan sensitiviti orang lain. Selain itu jalan cerita yang tidak lapuk dek zaman, pelaksanaan persembahan teater Kubur yang dikatakan 'zero budget' ini bukan sahaja kreatif malah berjaya menarik perhatian penonton dengan penggunaan unsur komedi juga sebagai salah satu aspek tarikan persembahan ini.

Tambahan lagi, pemilihan watak-watak yang digunakan dalam Kubur ini bersesuaian dengan senario golongan anak muda pada hari ini yang sering mengejar kekayaan sehingga sanggup melakukan apa sahaja dan alpa tentang tujuan utama mereka hidup di muka bumi ini yang akhirnya memakan diri mereka sendiri. Walaupun hanya menggunakan beberapa watak sahaja tetapi ianya berjaya menggerak dan menyampaikan mesej cerita Kubur ini dengan jelas dan efektif.

Tidak kurang dari itu, Kubur juga memperlihatkan bagaimana penulis berjaya menekankan nilai-nilai moral bagi tujuan untuk mendidik penonton dan pembaca tentang pentingnya untuk hidup dalam masyarakat yang harmoni dan tidak mementingkan diri sendiri kerana siapa tahu nasib kita pada hari mendatang. Akhir sekali, saya berpendapat bahawa cerita Kubur ini mempunyai keunikan dan kelainannya yang tersendiri serta mungkin boleh dipentaskan semula bagi tujuan untuk mengingatkan penonton nilai-nilai murni yang harus dipupuk dalam masyarakat pada hari ini.

(Kina Grannis, 2013)

Anonymous said...

Bahasa atau dialog boleh dilihat dari dua aspek, iaitu bahasa kreatif dan bahasa ilmiah yang memperkatakan dalam bidang seni. Bahasa kreatif merupakan bentuk yang terhasil daripada gaya cipta atau gabungan di antara cetusan imaginasi dengan pengalaman pengarang iaitu Wiramanja.

Ini berfungsi sebagai media untuk menyampaikan mesej, pengalaman dan bentuk perasaan kepada pembaca.Ia merupakan saluran untuk mengungkapkan ekspresi dan pemikiran, memperlihatkan nilai seni dan estetika yang tergabung dalam satu bentuk pemakaian yang segar lagi bertenaga. Sebagai penonton yang menonton teater kubur ini banyak mesej yang tersirat yang ingin disampaikan.

Jika dilihat lebih dekat pengarang seakan-akan memprotes dari segi kehidupan masyarakat sosial tetapi dari sudut positif memberi penonton membuka minda apa yang telah berlaku di dalam dunia ini. Saya sangat suka kepada teks teater kubur ini kerana membuka minda saya untuk berfikir.

Daripada kokonut (1/11/13)

sanggar pujangga said...

genre komidi yang di sampaikan amat mudah diterima penonton malaysia khususnya. pengarah menggunakan medium komidi itu sendiri bagi tujuan penyampaian adalah tindakan yang amat bijak, ini kerana segala informasi yang ingin disampaikan adalah amat berat sekali untuk dihadam oleh masyarakat kita di malaysia kini. isu peperangan yang melanda dan isu pensejataan adalah isu yang amat berat untuk di perbincangkan kerana ia melibatkan politik dunia dan agenda ekonomi dunia. teater kubur ini secara tidak sedar sedang membincangkan berkenaan isu-isu tersebut dalam nada atau gaya komidi. teater atau karya ini bertepatan dengan unsur kemanusiaan dan kemasyarakatan umum. ia mencakupi pelbagai sindiran-sindiran keras yang tersembunyi dalam pementasan. bagi golongan pemikir dan para karyawan mereka akan dapat melihat mesej-mesej yang ingin di sampaikan oleh pengarah persembahan ini. setelah menonton rakaman pementasan ini saya secara peribadi memberi satu salutasi pengkaryaan kepada pengarah,penulis dan pelakon dalam menjayakan karya ini.

( Amir Firdaus Md Zain 2010548441 )
(ct226 part 6)

Botak (BSL) said...

KUBUR suatu tempat selepas alam kematian. Satu tajuk yang sangat dekat dengan semua orang dan tajuk sahaja tidak dapat mengambarkan keseluruhan cerita. Wiramanja sebagai dalang dalam penulisan dan pengarahan teater ini telah berjaya melahirkan satu titik rasa pemikiran seseorang apabila menonton. Dengan hanya bersandarkan kepada konsep "poor teater" yang menyediakan "Set suggestion" yang sangat mudah difahami sebagai latar kepada penceritaan. Elemen utama didalam penceritaan ini adalah elemen komedi sindiran. Komedinya tidak kearah sindiran yang terus tetapi sindiran yang bijak. Menyelitkan isu-isu yang dikategorikan sebagai sensetif dan sangat berat kerana melibatkan negara, dan politik dunia.

Secara peribadi selepas menonton dan membaca nashkah ini, saya merasakan bahawa Pengarah telah mengarahkan teater ini dengan baik dan pelakon yang menjayakannya telah membawa kepada kejayaan cerita ini. Tanpa penonton sedari didalam jenaka yang disampaikan terselit sindiran yang sangat tajam terhadap kehidupan dunia. Setiap dialog yang disampaikan oleh dua pengali kubur pasti ada sesuatu yag perlu dilihat sebaliknya. Seorang pemikir, komentar seni, ahli seni, karyawan pasti akan dapat menangkap apa yang sebenarnya ingin di kisahkan disebalik pengkisahan yang nyata.

Keberjayaan teater ini terletak kepada penulis yang menjadi sang fikir dalam menarikan penanya menulis dan merangka cerita ini "Dari idea kepada nashkah " dan teater ini berjaya di pentaskan kedengan kejayaan pengarah dan pelakonnya. Saya mengkategorikan teater ini sebagai berjaya dalam menyampaikan mesej utamannya.

sharingiscaring said...

Assalammualaikum...teater merupakan satu medium dalam menyampaikan mesej kepada umum mengenai kehidupan seharian manusia. Teater Kubur arahan saudara Wiramanja dipentaskan menggunakan "Zero bajet" tapi masih mampu menyampaikan mesej yang berguna kepada penonton. Genre komedi sindiran yang menggunakan dialek Sabah yang diangkat di dalam karya ini mampu membuatkan penonton tidak bosan menonton sehingga ke pengakhiran teater ini.

Selain itu juga, pengarah juga bijak dalam menggunakan mesej tersurat dan tersirat di dalam naskah ini dalam membincangkan mengenai masalah yang dihadapi oleh masyrakat Dunia berkenaan orang yang lemah sering ditindas oleh orang yang mempunyai kuasa menerusi gaya komedi sindiran ini. Dengan hanya menggunakan jumlah pelakon yang sedikit,teater Kubur ini masih mampu ditampilkan dalam bentuk yang berlainan dari teater lain kerana mengandungi mesej yang berguna bagi sesiapa yang menontonnya.

Natijahnya, menerusi Teater Kubur ini, saya berpendapat bahawa pengarah bijak dalam memikirkan sesuatu isu yang rapat dalam kehidupan manusia zaman globalisasi kini berkenaan isu peperangan yang tidak pernah lenyap sehingga ke nafas terakhir manusia. Malah Teater ini bukan saja bersandarkan kepada komedi sahaja, bahkan mesej yang disampaikan juga amat bermakna bagi sesiapa yang menontonnya. Bagi saya, Teater ini mampu membuka mata saya mengenai apa yang terjadi disekeliling kita.



Anonymous said...

Coretan Teater Kubur:
Teater merupakan medium penyampaian lakonan atau persembahan secara nyata terhadap penonton yang biasanya berlaku di dalam sesebuah panggung, dewan atau auditorium. Teater biasanya menggabungkan tiga elemen utama iaitu pelakon, lakonan dan cerita serta beberapa elemen komunikasi visual yang lain seperti kostum, tatarias, set, muzik dan props.
Melalui pengamatan saya terhadap Teater Kubur ini menunjukkan bahawa pengarah bijak menggunakan konsep “poor theatre” tetapi hasilnya adalah berkualiti. Sebagai contohnya ialah props, set, kostum dan tatarias yang digunakan adalah sederhana. Ianya tidak memerlukan bajet yang besar untuk dipentaskan. Hal ini kerana ramai yang beranggapan bahawa pementasan teater yang baik memerlukan bajet yang besar. Namun begitu, pengarah telah membuktikan bahawa sesebuah naskah yang baik walaupun hanya berkonsepkan ‘poor theatre”, tetapi sekiranya pengarah itu bijak mempersembahkan hasil karyanya kepada penonton ianya akan menghasilkan sebuah pementasan teater yang mantap dan tidak memerlukan bajet yang besar. Contoh yang jelas ialah Teater Kubur yang telah disaksikan.
Selain itu, Teater Kubur ini juga dilihat sebuah karya yang baik. Hal ini kerana lakonan watak yang dibawakan oleh para pelakon mempunyai banyak maksud yang tersirat disebalik yang tersurat. Ianya benar-benar bersesuaian dengan kehidupan di dunia hari ini. Dimana manusia terlalu mementingkan diri sendiri tanpa mempedulikan kesengsaraan kehidupan orang lain semata-mata hanya untuk kepentingan sendiri.
Pengarah juga telah memberi pengajaran dengan cara yang bijak di mana pada akhir cerita manusia yang mementingkan diri sendiri akhirnya dapat merasai sendiri apakah itu erti kesedihan dan pengajaran disebabkan oleh sifat tersebut. Disamping itu, teater yang bertajuk Kubur ini mempunyai banyak curahan idea kreatif pengarah. Di mana pengarah telah menyelitkan serba sedikit unsur seram iaitu persembahan teater yang berlatarkan pentas kubur, muzik seram dan juga penggali kubur yang begitu lucu melakonkan watak hingga membuatkan penonton tidak kering gusi sepanjang melihat teater tersebut.
Secara tuntasnya di sini dapat disimpulkan bahawa Teater Kubur ini merupakan naskah yang baik kerana ianya hanya menggunakan bajet yang rendah tetapi ianya berkualiti serta mempunyai banyak mesej yang cuba disampaikan. Bukan itu sahaja, melalui teater ini juga telah membuka mata kita untuk mengetahui bagaimana kehidupan seorang penggali kubur. Yang mana sebelum ini kita tidak pernah ambil peduli atau kisah akan tugas sebagai seorang penggali kubur. Akhirnya di sini dapatlah saya katakana bahawa teater yang baik itu tidak memerlukan bajet yang besar, tetapi sekiranya teater tersebut bagus hasilnya juga adalah yang terbaik.
-miss melza-

Unknown said...

Bagi berpendapat sy tentang teater Kubur ini bahawa pengarah telah mengupaskan tentang realiti kehidupan manusia sebenar dimana norma masyarakat dapat dilihat didalam teater Kubur ini . Selain itu juga,pengarah juga ingin menyampaikan tentang masyarakat yang telah hilang rasa pertimbangan apabila menginginkan kematian orang lain untuk mendapatkan rezeki, selain itu mempermainkan tentang takdir yang ditentukan oleh Allah s.w.t. Di samping itu juga, pengarah menonjolkan sindiran kepada media cetak, di mana dapat di lihat media cetak hanya ingin mendapatkan keuntungan semata-mata. Selain itu, Malahan itu juga, pengarah memaparkan kubur adalah sebagai simbolik kepada kehidupan manusia. Di mana kehidupan dan kematian itu boleh mendapatkan keuntungan.

Pengarah teater kubur ini juga, membuatkan jalan cerita ini sangat menarik apabila terdapat unsur-unsur humor. Ini menjadikan jalan cerita teater kubur lebih menarik dan tidak membosankan. Selain itu juga, pengarah juga telah menggunakan dialek Sabah untuk menambahkan humor di dalam teater kubur tersebut. Malahan dialek sabah digunakan di dalam teater kubur . Selain itu juga, bagi pendapat saya skrip yang di hasilkan oleh pengarah sangat bermutu walaupun hanya dialog yang bersahaja, tetapi mempunyai sesuatu mesej yang berkesan di sampaikan kepada penonton. Di samping itu juga, skrip ini perlu di kaji oleh pembaca kerana mempunyai makna yang tersirat yang disampaikan kepada penonton. Bagi pendapat saya, teater ini sangat bermakna dan memberi kesan kepada saya walaupun teater ini bersahaja dan ringkas selepas membacanya.

Pengarah teater kubur cuba menyampaikan kepada penonton bahawa kematian bukan perkara yang boleh di buat main-main atau pun ambil mudah kerana setiap orang akan menghadapi kematian. Oleh itu setiap orang perlu mengambil iktibar setelah menonton teater kubur ini sebagai pengajaran dan untuk masa akan datang. Teater ini mengajar kita tentang kehidupan sebenar sebagai manusia.

#MUHAMAD ISMAIL DAUD#
#2010728681#CT223#

Hopes said...

Pertama sekali, saya ingin mengatakan bahawa Teater Kubur arahan Wiramanja sememangnya lain daripada yang lain. Teater ini telah menggeletek hati para penonton dari permulaan hingga ke akhir. Teater ini menyampaikan sindiran yang tajam, berkaitan dengan industri persenjataan dan juga sikap media Barat melalui 'dark comedy'.

Dengan pementasan 'zero budget'ini, sebenarnya teater ini kaya dengan sekaya-kaya pemikiran. Bagi saya, penulis skrip sekaligus pengarah teater ini telah menyampaikan mesej yang bernilai. Teater ini telah membuka mata saya. Nilai sesebuah karya itu ialah mesej yang ingin disampaikan. Bukan kemegahan sesebuah persembahan.

Bagi saya, teater ini ialah sebuah pementasan yang berjaya. Berjaya dari segi persembahan dan mesejnya yang padat. Kubur, salah satu teater yang jarang kita dapat lihat di Malaysia. Tahniah kepada pengarah, Encik Wiramanja.

Maria Adibah Azmi said...

Berdasarkan pendapat saya , teater Kubur arahan Wiramanja membawa kepada penyampaian komedi yang berlatarkan suatu mesej yang berguna untuk para penontonnya. Dengan hanya menggunakan 'zero budget' teater Kubur ini mampu menyampaikan mesej dengan baik dan berkesan. teater Kubur ini memaparkan pelbagai mesej dan pengajaran kepada penonton.

Jalan cerita teater Kubur ini membawa penonton untuk menyedari konflik yang berlaku pada masa kini. ironinya , untuk menyedarkan bahawa terdapat dikalangan masyarakat kita yang memperoleh kekayaan di atas kesengsaraan orang lain. jelas pengarah mempertontonkan mesej yang cuba disampaikan dengan berkesan dan lakonan yang menarik oleh barisan pelakon.

keseluruhannya , teater Kubur ini merefleksikan gambaran pengarah terhadap sesuatu isu ke dalam sesebuah karya dengan baik.penyampaian pengarah secara kreatif dan bermutu ini seharusnya ditonton oleh semua lapisan masyrakat. pengajaran yang terdapat dalam teater Kubur ini perlu dijadikan sandaran dan pedoman kepada semua penontonnya.pada pandangan saya , teater Kubur ini adalah sebuah teater yang menarik dan mempunyai mesej berguna yang tersendiri.

Anonymous said...

Pada perdapat saya, setelah menonton serta mengamati jalan cerita teater kubur ini, saya mendapati banyak pengajaran serta subteks yang cuba disampaikan secara tersirat oleh penulis. Sebuah naskah tidak akan lengkap jika paapran cerita yang disertakan tidak mempunyai mesej tertentu.
Secara peribadinya, saya merasakan naratif cerita ini disampaikan dengan begitu baik. Ironinya manusia akan bersedih dengan kehilangan insan tersayang dalam hidup, tetapi sebaliknya yang berlaku terhadap dua orang penggali kubur yang merasa gembira kerana dengan kematian, mereka akan mendapat rezeki. Sehinggalah mereka sendiri yang berdepan dengan kehilangan insan tersayang iaitu tunang mereka sendiri. Ini yang dinamakan, 'turning point' dalam sesebuah cerita kerana penulis menggarap jalan cerita yang mampu membuatkan penonton berfikir sejenak. Apakah kematian itu sesuatu yang menyeronokkan atau sebaliknya?.
Selain daripada itu, lakonan komedi dan bersahaja yang ditonjulkan oleh dua orang pelakon diatas pentas dilihat sebagai pelakon yang baik kerana bukan mudah untuk menguasai keseluruhan pentas tanpa props yang banyak dan pelakon yang sedikit. Disinilah peranan dan kreadibiliti seorang pelakon akan diuji. Dalam tetaer ini misalannya, pelakon dilihat berjaya menarik perhatian penonton dan membawa penonton kepada gelak tawa tatkala dialog yang diucapkan berjaya 'ditangkap' oleh penonton tanpa membiarkan penonton tertanya-tanya.
Secara peribadinya, saya merasakan tetaer kubur ini adalah menarik dan berjaya serta jika dapat di 'restage' semula, dengan menggunakan dialek yang lain, pastinya mampu menarik perhatian ramai pihak.

zalika nadia (ct225 part 6)

Unknown said...

Pendapat saya taeter kubur ini mempunyai pengajaran dan mesej yang positif. sindiran halus yang diterapkan berselindung di sebalik watak- watak yang digunakan dalam teater ini. teater ini berkisar tentang kehidupan orang kampung yang menyebabkan penoton rasa lebih dekat. sindiran ini juga ditujukan kepada sesetengah manusia yang peroleh pendapatan daripada kesusahan orang lain.
Selain itu juga, pengarah teater ini sangat kreatif kerana tidak memerlukan budget untuk menjayakan sesebuah teater. skrip teater ini juga sangat bijak kerana mempunyai nilai-nilai ynag membuatkan penonton berfikir dan secara tidak langsung penonton akan berfikiran lebih terbuka.
Unsur humor yang diterapkan membuatkan teater ini tidak bosan dan pengarah ingin memaparkan bahawa kubur itu bukan satu kawasan yang menakutkan kerana semua manusia akan mati.

Adawie said...

Teater kubur merupakan teater yang bergenre komedi.Persembahan kesenian yang dilakonkan di hadapan penonton secara langsung menggunakan kombinasi pertuturan,gerak isyarak,gerak lakon,muzik dan bunyi-bunyian.Teater kubur arahan Wiramanja yang menggunakan "Zero bajet" berjaya dipentaskan dengan begitu menarik.Walaupun menggunakan "Zero bajet"teater ini banyak menyampaikan mesej yang tersurat dan tersirat terhadap kehidupan masyarakat.

Selain itu,pengarah juga bijak dalam mempersembahkan karyanya yang dekat dengan kehidupan masyarakat.Jika dihayati dengan lebih mendalam teater kubur diselitkan dengan lawak jenaka yang berbentuk sindiran sehingga penonton tidak kering gusi
menontonnya.Dialek yang digunakan adalah dialek Sabah, dapat menarik perhatian penonton sehingga pengakhiran persembahan.

Pada pendapat saya,menerusi teater kubur pengarah berjaya menyampaikan bahawa pendidikan amat penting dalam diri masyarakat dan kehidupan seharian.

aisya abdul karim said...

salam...

setelah menghayati teater kubur arahan en.wiramanja,saya begitu tertarik dan teruja dengan jalan penceritaan yang cuba diketengahkan oleh en.wira.Sebuah teater yang menyelitkan persoalan tentang kematian,iaitu siapa,bila,bagaimana dan dimana ianya berlaku.Sebagai manusia,terutamannya yang beragama islam,kita wajib percaya dengan wujudnya KEMATIAN,walaupun kita tidak dapat menjangkanya.Namun ALLAH S.W.T.telah berfirman dalam Al-Quran,surah Al-Imran ayat 185 yang bererti,'sesungguhnya setiap yang bernyawa pasti akan mengalami kematian dan sesungguhnya semua amalan akan disempurnakan di akhirat nanti'.

Menerusi penceritaan teater kubur ini juga,ketajaman pemikiran dan kreativiti En.Wira begitu menyerlah,dimana jalan cerita tersebut dekat dengan diri para penonton,dan sedikit sebanyak memberi kesedaran dan peringatan bersama.Disamping itu juga,walaupun Teater En.Wira menggunakan 'zero bajet',tetapi tetap lengkap dengan sets dan props yang tidak memerlukan kos yang tinggi,namun mesej dan pengajaran yang cuba dsampaikan oleh En.Wira menyerap di hati para penonton,dan saya yang melihatnya turut berasa tersentuh dan terharu.

Selain daripada itu juga,Pengarah teater ini amat peka dan teliti dalam membuat pemilihan pelakon dan jenis dialek lakonan yang patut di gunakan bagi menarik minat para penonton dan mudah untuk mereka menghayati dan memahami jalan cerita pementasan tersebut.Dialek sabah yang cuba diketengahkan oleh En.Wira dalam teater kubur beliau,turut memberi kelainan berbanding teater-teater yang lain,dan walaupun para pelakon beliau berasal daripada sabah,namun percakapan mereka mudah difahami oleh para penonton.

Dalam teater kubur ini juga, Pengarahnya tidak menggunakan
pelakon yang ramai,hanya 4 orang
sahaja yang telibat,namun mereka bijak dalam membawa watak masing-masing,dan saling lengkap-melengkapi di antara satu sama lain.

Apa yang dapat saya simpulkan,saya berasa amat kagum dengan cara penyampaian teater En.Wira yang menyelitkan makna yang begitu mendalam buat penonton yang menyaksikan teater kubur tersebut. Sesungguhnya En.Wira merupakan seorang Pengarah yang berprofesional dalam menjayakan pementasan teater tersebut dan apa yang saya boleh katakan bahawa teater kubur ini telah berjaya dalam menyampaikan mesej dan matlamat utamanya..

Wassalam..

Anonymous said...

Assalamualaikum,
Berdasarkan teater Kubur hasil cetusan idea kreatif En.Wiramanja, saya berpendapat bahawa teater tersebut merupakan "semiskin-miskin karya" iaitu "zero bajet". Jalan penceritaanya juga berbentuk komedi. Walaupun hanya menggunakan “zero bajet” En.Wiramanja mampu membuatkan setiap sudut pementasan teater berjaya dipersembahkan dengan bijak. Setiap masej yang tersirat dan tersurat dalam teater Kubur ini berjaya disampaikan dan mudah untuk memahaminya. Dengan hanya menggunakan “KUBUR” sebagai simbolik, En.Wiramanja mampu mementaskanya dengan kreatif dan menerapkan isu-isu semasa sebagai jalan penceritaan yang penuh dengan pengajaran kepada manusia.
Oleh itu, Teater Kubur ini banyak mengupas tentang realiti kehidupan seharian manusia. Kadang-kadang manusia tidak sedar bahawa kematian sangat hampir dengan diri masing-masing. Kerana setiap yang hidup pasti akan bertemu alam kematian. Namun, masih ramai yang tidak sedar mengenai perkara tersebut kerana terlalu asyik dengan kehidupan di dunia yang hanya sementara. Jesteru itu, Teater Kubur menggambarkan bahawa terdapat sesetengah pihak menindas pihak yang lemah atas dasar kepentingan masing-masing dalam mengejar kekayaan dunia. Hal ini mencetuskan pelbagai permasalahan sehingga mengorbankan nyawa orang-orang yang tidak bersalah. Bagi mereka setiap kematian akan memberikan keuntungan.
Sesungguhnya, teater ini juga menyimpan satu masej bahawa setiap sesuatu yang dijadikan Allah s.w.t di muka bumi ini berfungsi untuk sesuatu atas kepentingan tertentu yang akhirnya mereka sendiri terpaksa menangung akibatnya. En.Wiramanja yang merupakan pengarah teater ini bijak menghidupkan setiap watak dalam pementasan iaitu watak utama dan juga watak yang hanya di dalam teks sahaja. Para pelakon yang hebat serta dialek Sabah yang digunakan mencetuskan sebuah komedi berjaya membuatkan penonton berhibur sambil memperoleh pengajaran. Lebih jelas lagi Karya pementasan En.Wiramanja juga ingin memaparkan sindiran kepada manusia yang menginginkan peperangan untuk menjatuhkan sesuatu empayar.
Tuntasnya, teater Kubur karya En.Wiramanja berjaya membuka mata penonton bahawa sehingga kini masih lagi berlakunya peperangan walaupun banyak pemodenan telah wujud. Hal ini jelas menunjukkan tentang sikap manusia yang tamak. Bagi saya, teater ini sangat menarik dan sesuai sekiranya dipentaskan semula seiring dengan perkembang industri teater pada masa kini.

Daripada “saya”

Unknown said...

Assalamualaikum.

Teater 'Kubur' arahan En. Wiramanja yang berbentuk genre komedi. Persembahan teater ini walaupun 'zero budget' tapi bak kata En. Wiramanja "Biar semiskin-miskin karya, tapi sekaya-kaya pemikiran". Hal ini menjelaskan kisah kubur lebih kepada pemikiran seseorang. Setiap manusia mempunyai pemikiran berbeza. Pemikiran seseorang sehingga mendapat idea yang bernas adalah anugerah dari Allah SWT.

Mesej yang disampaikan dalam kisah ini mempunyai makna tersirat yang mengupaskan tentang isu-isu semasa dan realiti kehidupan manusia. Sebagai contoh dalam kisah ini ialah Ramli dan Karim yang suka pada kematian seseorang kerana mereka berdua lebih mementingkan kekayaan dan kemewahan. Gembira bagi mereka tapi kesedihan bagi keluarga si mati. Akhir kisah ini, tunang mereka sendiri yang mati. Jelas menunjukkan mereka mempermainkan dengan kematian orang lain tapi akhirnya mereka juga merasai kesedihan itu.

Teater ini sebenarnya disembolikkan dengan isu pensenjataan dan peperangan yang diinginkan oleh manusia untuk menjatuhkan sesuatu empayar. Isu tersebut sebenarnya agak sukar untuk diterapkan dalam genre komedi tetapi En. Wiramanja berjaya menjadikan isu tersebut dalam teater 'Kubur'.

Genre komedi yang lebih kepada sindiran dilakonkan dalam dialek Sabah berjaya menghiburkan audiens dari permulaan cerita hingga pengakhiran. Walaupun dalam dialek Sabah, mesej yang disampaikan mudah untuk difahami audiens.

Pemikiran yang kreatif akan dapat melahirkan idea yang bernas sehingga dapat mewujudkan sesebuah kisah yang penuh bermutu. Bermutu dari segi nilai pengajaran yang ditonjolkan kepada audiens seperti teater 'Kubur' arahan En. Wiramanja.

Syabas En. Wiramanja !

Wasalam.

Anonymous said...

JAMIATUL HUSNA BINTI MOHD SAPIE-2013890392

Assalammualaikum..

Teater KUBUR arahan En.Wiramanja ini memang luar daripada kebiasaan karya-karya yang lain. Melihat kepada tajuk ia menggambarkan suasana seram tetapi sangkaan itu jauh meleset setelah menontonnya. Unsur komedi yang diterapkan telah menenggelamkan 'aura' seram dan penulis cuba membangkitkan suasana yang santai tetapi padat dengan sindiran. Ragam dua orang si penggali kubur yang jahil mengenai tuntutan ibadah dalam pekerjaannya telah mengambil kesempatan atas kesengsaraan orang lain. Hal ini ditambah pula dengan kehadiran watak wartawan yang terdesak mencari bahan berita telah mengambil tragedi kematian tunang si penggali kubur sebagai penyambung rezekinya.Teater ini jelas menyindir kehidupan sesetengah masyarakat era ini yang berdiri di atas penderitaan musuh atau saudara sendiri.

Walaupun gaya pementasannya santai dan sederhana dari segi peralatannya,ia tidak sedikitpun mengganggu-gugat perjalanan cerita tersebut kerana mesej yang kuat dan jelas berjaya disampaikan kepada khalayak. Pemikiran yang kreatif dan kritis penulis mampu menjadikan karya ini segar dan terus relevan sebagai rujukan generasi akan datang.

Tahniah En.Wiramanja.
Sekian dari Husna..

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Pada pendapat saya, teater kubur ini mempunyai makna dan sindiran yang amat mendalam. En.Wiramanja telah berjaya meletakkan satu sindiran tajam di dalam teater ini iaitu mengenai peperangan yang berlaku pada masa kini. Selain itu, En. Wiramanja juga menggunakan dialek Sabah yang boleh dikatakan unik dan lain dari yang lain. Hal yang demikian menyebabkan penonton tidak akan kering gusi apabila menyaksikan teater ini. Penonton juga akan dapat menilai makna - makna yang tersirat di sebalik jalan cerita Kubur yang telah berjaya digarap oleh En.Wiramanja walaupun menggunakan 'zero budget'.

Terdapat banyak pengajaran yang boleh diambil daripada jalan cerita Kubur. Setiap masyarakat perlu menghormati antara satu sama lain bagi memakmurkan dunia ini dan mengelakkan daripada mementingkan diri sendiri kerana kelak diri sendiri yang akan menyesal. Kita perlu menyedari bahawa teater Kubur bukan sahaja sekadar cerita komedi namun mampu membuka mata hati dan fikiran setiap penontonnya untuk mempraktikkan nilai-nilai murni di dalam kehidupan mereka.

Harapan saya ialah supaya teater Kubur dapat dipentaskan lagi pada masa akan datang. Tidak rugi jika anak-anak muda menyaksikan teater ini kerana ianya memberi ilmu dan pengajaran untuk kita semua.
Tahniah En.Wiramanja!

# NURUL IZATI BINTI BASRI#
2013202234
(FF224)

Anonymous said...

Assalamualaikum...

Berdasarkan hasil pemerhatian saya, teater bertajuk 'KUBUR' arahan En. Wiramanja merupakan satu jalan cerita yang berat tetapi berjaya diceritakan dengan mudah oleh pendukung-pendukung watak yang mempunyai 'feel' untuk melakonkan watak masing-masing dalam unsur komedi.

Teater 'KUBUR' ini juga berjaya membangkitkan isu yang ingin diketengahkan kepada penonton-penonton walaupun teater tersebut hanya 'budget zero' iaitu menggunakan props yang sedikit - hanya beberapa buah batu nisan, sebuah bangku dan sebatang cangkul serta menggunakan beberapa orang pelakon.

Isu yang diketengahkan juga meninggalkan kesan yang mendalam kepada para penonton di mana isu mengambil kesempatan untuk bergembira di atas kesedihan orang lain. Di dalam karya 'Kubur' ini, watak penggali kubur yang diterajui oleh Karim dan Ramli gembira apabila mendapat tahu ada orang meninggal dunia di kampungnya kerana dengan menggali kubur, mereka mendapat rezeki. Namun, dengan kegembiraan itu, mereka tidak sedar akan kesedihan ahli keluarga si mati. Ini menunjukkan sifat kebiadapan. Namun, akhir cerita tersebut, Karim dan Ramli baru sedar akan sedihnya bila kehilangan orang tersayang di mana mereka berdua kehilangan tunang. Ini menunjukkan apabila perasan sedih itu ada di dalam diri masing-masing apabila mendapat kisah sedih yang mempunyai kaitan dengan diri sendiri.

Selain itu, penggunaan bahasa loghat Sabah yang sangat baik. Tidak semua teater boleh menjayakan cerita dengan menggunakan loghat-longat negeri. Namun, teater 'Kubur' ini berjaya menghidupkan jalan cerita walaupun menggunakan longat Sabah.

saya berpendapat juga cerita 'Kubur' ini mempunyai keunikan dan kelainan yang tersendiri. Gaya yang bersahaja namun penuh sindiran yang diselitkan di dalam teater itu. Saya berpendapat juga, En. Wira berjaya meletakkan karya 'Kubur' ini di atas satu tahap yang tinggi dengan pemikiran yang sungguh bernas.

Saya berharap, suatu hari nanti, karya terbaik ini mampu dipentaskan semula untuk memberi pengajaran kepada masyarakat di luar.

Sekian...

# NINI FARHANI BINTI PARLAN
2013827314
FF224






Unknown said...

Bismillahirrahmanirrahim...
Melalui tajuk yang telah diberikan kepada teater ini, dan intro cerita nya telah memberi persepsi kepada saya bahawa cerita ini berlandaskan dan berkonsepkan genre seram.
Konsep realism yang telah disentuhkan di dalam teater ini ternyata bertepatan dengan skrip dan jalan cerita yang dibawa. pemilihan watak juga bertepatan. Saya menyatakan begini kerana dapat dilihat melalui rakaman teater kubur ini penonton dapat menerima dengan baik sekali.
Permulaan cerita telah disajikan dengan unsur lawak yang berterusan menarik minat saya untuk menonton cerita ini sehingga ke pengakhirannya. Ternyata dengan penggunaan watak, set dan props yang minimal di dalam teater mampu memberi impak yang baik juga di dalam teater. Ini dapat dilihat dan dibuktikan di dalam Teater Kubur ini. Komedi yang bersahaja dan secara spontan juga dapat dilihat di dalam cerita ini.
Akhir sekali, secara keseluruhan saya sebagai penonton dapat memahami dan menerima nilai-nilai pendidikan secara tidak langsung di dalam teater ini.Penulis skrip dan pengarah telah berjaya menimbulkan satu jalan cerita yang unik dan di luar jangkaan apabila satu masyarakat bergembira di atas kesedihan masyarakat yang lain. Saya percaya penonton yang menonton teater ini berpuas hati dan tidak rugi rasanya jika teater ini dipentaskan untuk sekali lagi supaya dapat memberi peluang lagi.

-UMI NURUL SYAKILA BINTI ABDUL KARIM
-2012437236
-CT 226

Anonymous said...


Assamualaikum
Teater ini menyentuh tentang isu kematian. Sesuatu yang taboo dalam masyarakat tetapi telah dipersembahkan dalam bentuk ringkas serta 'straight to the point'. Pengarah dalam menceritakan tentang realiti hidup penggali kubor yang dihimpit kemiskinan berjaya menyelitkan nasihat dalam bentuk 'black comedy' yang amat sinis pada hujung cerita. Dalam untung ada ruginya. Dalam gembira, ada sedihnya. Untung, rugi, kematian & kesedihan tidak mengenal sesiapa.Jangan meludah ke langit, nanti terkena muka sendiri. Hiasan pentasnya pula ringkas tetapi kena dgn jalan cerita yang lebih mementingkan mesej yang ingin disampaikan! Sometimes less is more. Less props but more story driven.


-Zaireen Zuleiqha bt Zainol Abidin
-2013288058
-FF224

Anonymous said...

Assalamualaikum...
Berdasarkan pandangan saya, teater “KUBUR” arahan Encik Wiramanja sememangnya sangat menarik dan merupakan sebuah teater yang mempunyai kelainannya dan berbeza daripada beberapa buah teater yang pernah saya tonton. Dapat saya simpulkan bahawa sesebuah teater yang menarik bukan hanya bergantung kepada perbelanjaan atau bajet yang besar sahaja untuk menghasilkan satu kerja yang bagus dan menarik. Tetapi, apa yang saya belajar daripada penontonan teater ini adalah tanpa adanya bajet yang terlalu besar juga mampu untuk menghasilkan hasil kerja yang lebih baik walaupun dengan hanya bajet yang rendah.
Di samping itu, dengan wujudnya skrip dan jalan ceritanya yang mempunyai kelainan dan berbeza daripada teater yang lain serta mempunyai kelainannya yang tersendiri juga mampu untuk menarik minat ramai penonton untuk menontonnya. Mesej yang ingin disampaikan di dalam teater ini juga telah sampai dengan jayanya. Sebagai pengajaran yang boleh diambil di dalam teater ini, menurut Hadith daripada Anas bin Malik, r.a., bahawa Rasullullah s.a.w., bersabda: “Tiga perkara akan menurut orang mati ke kuburnya, kemudian dua daripadanya akan balik dan tinggal satu bersama-samanya dan ia akan diturut oleh keluarganya, hartanya dan amalanya, kemudian keluarganya dan hartanya akan balik, dan tinggallah amalannya sahaja.

Nor Fazwaniey Bt Mohd Noor
-2010939327-

Nur Aidul Farahah Mohd Tarmizi (2010386515)/ Part 6 said...

Assalamualaikum....
Teater ialah satu bentuk seni persembahan yang menggabungkan 3 elemen utama iaitu penonton, pelakon dan cerita. Walaubagaimanapun, terdapat gabungan elemen-elemen lain seperti bunyi, kostum, pencahayaan, tempat dan sebagainya dapat membantu dalam mewarnai sesebuah teater.
Pada pendapat saya, Teater KUBUR berjaya menggabungkan tiga elemen utama dalam persembahannya. Pengarah dilihat telah mengambil kira aspek ini dengan baik seterusnya memperlihatkan satu wajah teater yang memberikan satu kelainan dari teater-teater lain.
Teater Kubur telah membawa satu pendekatan yang berbentuk nasihat kepada masyarakat kini yang leka dengan kemodenan dunia. Jika teater ini tidak dikreatifkan dengan unsur-unsur komedi, saya dapat merasakan bahawa teater ini tidak akan mendapat tempat di mata penonton. Oleh yang demikian, pengarah ini sangat bijak dalam menyelitkan unsur komedi dalam setiap skrip yang dilontarkan pelakon supaya membantu dalam penyampaian mesej secara terus kepada penonton.
Sungguhpun begitu, skrip memainkan peranan penting dalam menjadikan teater ini berjaya. Skrip yang ditulis oleh pengarah sendiri telah membantu pengarah dalam mencantikkan lagi jalan cerita. Dari segi pelakonnya, saya dapat menjelaskan bahawa, teater ini telah memilih pelakon yang mempunyai kelebihan dari segi lakonan, gerak tubuh selaian memiliki vokal yang baik. Keserasian antara pelakon jelas dapat dilihat malah lakonan mereka juga mencuit hati penonton.
Teknik pentas juga sangat penting dan harus difikirkan oleh pengarah dan bukan semua pengarah di Malaysia mempunyai kelebihan dalam menggunakan teknik pentas ini. Pada pendapat saya, Pengarah teater KUBUR Berjaya menggunakan teknik pentas dengan baik sehinggakan boleh menimbulkan unsur kekaguman dalam pementasan teater ini.
Aspek penggunaan audio, pencahayaan, set dan prop sememangnya dapat membantu dalam menjayakan sesebuah teater . Walaubagaimanapun, dalam teater ini, aspek yang dinyatakan tadi tidak diberikan penekanan kerana dipercayai masih boleh mementaskan teater ini. Pengarah telah berjaya membuktikan kepada penonton bahawa penggunaan audio, pencahayaan, set dan prop yang besederhana mampu membantu menjayakan teater KUBUR, malah lebih baik dari teater-teater yang lain. Tahniah KUBUR.....

ada dania said...

assalamualaikum.. setelah melihat,dan cuba memahami naskah teater yang dipentaskan ini,saya berpendapat bahawa pementasan ini adalah merupakan satu medium penyampaian dari pemikir (pengarah)yang mahu mesej itu disampaikan kepada masyarakat secara halus,iaitu dengan ucapan dan lontaran dialog oleh pelakon-pelakon,kita sudah mendapat mesej yang tersurat juga tersirat yang pengarah garapkan dalam pementasan itu. walaupun tiada unsur-unsur kekaguman,mahupun eleman-eleman mahupun aspek kekaguman yang lain,pementasan ini dianggap berjaya oleh penonton,kerana ia mampu menarik dan mengajak penonton masuk kedalam cerita tersebut.

secara keseluruhannya apa yang dapat saya simpulkan ialah sikap sesetengah masyarakat yang suka mengambil "kesempatan dalam kesempitan" mungkin kerana tujuan peribadi mahupun terikat dengan situasi.

namun demikian,naskah ini juga menggarapkan nilai-nilai moral sebagai didikan secara tidak langsung kepada penonton.walaupun sebutan bahasanya berdialek sabah,tetapi mesej yang mahu disampaikan itu masih jelas..

sebagai pengarah,kita juga berhak menentukan dan memilih jalan cerita yang sekurang-kurangnya boleh membawa mesej kepada masyarakat,bukan sekadar menghasilkan sesuatu produk tanpa mengambilkira kualiti cerita itu yang tersendiri.

Nizza said...

Assalamualaikum,

Setelah menonton dan mengamati teater Kubur saya berpendapat bahawa teater Kubur adalah sebuah cerita yang sarat dengan isi-isi tersirat yang memberi pengajaran dan kesedaran kepada orang ramai walaupun disampaikan dalam bentuk komedi. Antara isu yang jelas dilihat ialah tentang sikap saling mementingkan diri dalam kalangan masyarakat. sikap mementingkan diri ini jelas dilihat dari sikap penggali kubur yang sentiasa menginginkan kematian untuk mendapatkan wang walaupun mereka tahu kematian itu adalah suatu hal yang menyedihkan buat keluarga si mati. Sementara itu, wartawan pula sibuk menulis cerita-cerita sensasi untuk mengaut keuntungan yang bayak tanpa memikiran perasaan orang lain.

Jika diperhatikan dengan lebih mendalam, teater Kubur juga memberikan mesej bahawa setiap yang diciptakan atau ditakdirkan oleh Allah S.W.T di muka bumi ini berfungsi untuk sesuatu tetapi bergantung pada cara mereka menggunakannya iaitu samaada dengan cara yang baik atau buruk. Misalnya isu perang, apabila berlaku sesuatu peperangan, orang yang melihat peperangan itu boleh menjadikannya sebagai suatu medium untuk mendekatkan diri kepada tuhan iaitu dengan cara bersedekah atau berjihat (berperang) di jalan Allah S.W.T. Tetapi situasi perang itu boleh juga di gunakan oleh orang sekeliling untuk mengaut keuntungan di dunia.

Selain itu, teater kubur juga boleh dijadikan satu bukti yang menunjukkan bahawa kehebatan sesebuah pementasan teater itu tidak semestinya terletak pada jumlah kos pementasan teater tersebut tetapi terletak pada kekuatan skrip atau naskah yang dipilih dan teknik pengarahan.

Berdasarkan pada keseluruhan jalan cerita pementasan teater Kubur saya berpendapat bahawa teater Kubur adalah sebuah naskah yang patut di kagumi dan menjadi pendorong kepada penulis-penulis muda untuk terus berusaha menghasilkan karya atau naskah teater yang lebih baik pada masa hadapan.

Anonymous said...

Pada pandangan saya, KUBUR merupakan satu penceritaaan yang amat menarik.Hal ini kerana,umum mengetahui kubur merupakan tempat yang menakutkan bagi kebanyakkan orang ,namun di dalam cerita KUBUR ini penulis dan pengarahnya telah berjaya lari daripada kebiasaan kubur yang menakutkan kepada satu penceritaan bercorak komedi yang disulami dengan mesej berkenaan nilai murni dikalangan masyarakat.

Selain itu ,penggunaan medium komedi adalah satu langkah yang tepat dalam penyampaian sesuatu mesej. Isu yang berat seperti perperangan akan dapat disampaikan
dengan bersahaja tanpa perlu penonton membebankan pemikiran untuk menonton sesuatu isu yang serius seperti ini.

Akhir sekali ,KUBUR juga telah membuktikan walaupun menggunakan pelakon dan dan peralatan pentas yang minimum ,ia tetap dapat dapat dipentaskan dengan sempurna dengan adanya jalan cerita dan peyampaiaan yang menarik.

(Mohd Faiz Osman , CT 226)

Orang Tangga Batu Press said...

MOHAMAD SHAFIK BIN SAFARIZAN
Assalammualaikum
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Maha Penyayang..
Segala puja dan puji itu hanya milikmu wahai Tuhan penentu segala takdir. Selawat dan salam buat Rasul junjungan petunjuk sepanjang zaman, Nabi Muhammad s.a.w dan ahli keluarga serta para sahabatnya yang umpama bintang-bintang bergemerlapan.. Ya Allah Permudahkan segala urusan kami di dunia mahupun di akhirat.....

"Kubur Arahan dan Karya Wiramanja" merupakan sebuah teater yang sangat padat pengisiannya dan intipatinya. Jika kita lihat isi yang tersurat, mereka mempersoalkan mengenai kematian, yang mana kita tahu bahawa kematian ini adalah telah ditetapkan oleh Allah s.w.t dan kita tidak tahu pada masa bila kita akan mati,akan tetapi di dalam cerita ini mereka memperlihatkan kematian itu satu kepastian oleh demikian mereka ini tidak takut pda mati dan menjadikan kematian ini sebagai satu bahan gurauan dan minta kematian itu segera dating supaya ia member pendapatan kepada mereka sebagai pendapat atau sumber rezki. Kita melihat pula pada yang tersirat pula,disini apa saya lihat teater ini ialah ia mengupas isu global iaitu isu perang, seperti mana kita tahu sumber ekonomi negara yahudi seperti Amerika syarikat adalah membekal senjata pada negara yang bergolak dengan peperangan dan apabila tiada negara yang berperang maka mereka mewujudkan suasana perang, oleh demikian dengan adanya perang maka ekonomi mereka akan meningkat naik dan ia menjadi pendapatan kepada negara itu, perkara ini kita boleh kaitkan dengan dua orang yang menggali kubur kerana mereka ini mahukan berlakunya kematian di kampung apabila kematian maka adalah pendapatanya. Isu ini kita boleh lihat bagaimana mereka yakni Amerika mencipta perang dengan Nngara lain seperti Iraq, Afghanistan dan Palestine mereka bersekutu dengan Israel untuk mewujudkan peperangan dan disini mereka dapat membekalkan senjata kepada negara yang bergolak dengan peperangan dan sekaligus melonjakkan ekonomi mereka, begitu hebat pengisian teater ini dari sudut isi tersirat yang dapat saya lihat disini.
Isu yang dikupas dalam teater ini sangat hebat dengan pengajaran dan orang yang menonton walaupun adanya gelak tawa yang berpanjangan akan tetapi mereka dapat pengajaranya, makna kata penonton mendapat pakej 2 dalam 1 iaitu berhibur dan memperolehi pengajaran. Apa yang menarik lagi mengenai teater ini ialah penggunaan bahasanya. Ini adalah ia amat berbeza sekali dimana ia menggunakan bahasa loghat sabah dan jarang sekali kita dapat melihat teater yang mengunakan bahasa sabah di semananjung malaysia, dan ini sangat unit dan menarikkan lagi teater yang dianjurkan ini,malahan loghat sabah yang digunakan ini juga mudah difahami oleh masyarkat yang bukan berasal dari sabah iaitu orang melayu dan sebagainya. Daripada segi rekaan set, walaupun ia kelihatan simple tapi sebenarnya ia sudah cukup menghidupkan suasana dan gambaran di kawasan kubur disini terbukti kehebatan orang yang mereka set ini walaupun ia tidak berbajet tapi ia mampu melaksanakannya. Dan teater ini kurang mengguna sound track kerana mereka hanya bergantung pada dialog dan dialog mereka telah mebuatkan penonton terhibur dan ini membawa makna bahawa penulis skrip telah berjaya menulis skrip yang sangat santai dan mudah difahami tetapi penuh dengan nilai-nilai murni.
Dalam teater ini banyak nilai-nilai murni yang telah di ketengahkan dan teater ini boleh dikatakan teater yang berilmiah dan sesuai di lihat oleh setiap lapisan masyarakat, disini saya ingin mengemukakan harapan saya agar teater ini di pentaskan semula di UiTM agar mesej teater ini dapat dilihat oleh mahasiswa UiTM di Shah Alam ini.

Unknown said...

Assalamualaikum..
Pada pendapat saya teater Kubur ini memberikan kesan mendalam kepada penonton yang menonton teater ini. Jika diberi penghayatan teater kubur ini membawa maksud yang mendalam dan banyak pengajaran serta nilai-nilai kemasyarakatan yang terdapat dalam teater kubur ini.

Selain itu, teater kubur ini memaparkan isu-isu dan fenomena yang sememangnya berlaku dalam kehidupan seharian kita. Walaupun teater ini menyentuh isu kematian namun diselitkan dengan komedi menjadikan teater ini semakin menarik.

Akhir kata, teater kubur arahan dan karya Encik Wira telah memberi impak kepada para penonton walaupun bajet yang diperuntukkan untuk persembahan ini amat sedikit namun teater ini dapat dipersembahkan dengan jayanya seperti kata Encik Wira 'Semiskin-miskin Teater, Sekaya-kaya Pemikiran..

Nur Azilah bT Mohd Roslin
2013202862
FF224



muhammad amirul hafiz mohd zaid said...

Pada pendapat saya,skrip teater kubur adalah sebuah naskah yang bagus untuk dipentaskan. Ini kerana di dalam naskah ini terdapat pengajaran yang diselitkan. Ia juga memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan wang dalam kehidupan. Idea yang ingin ditonjolkan oleh penulis skrip sangat jelas dan mempunyai konsep yang tersendiri. Penulis menggunakan konsep ‘black theatre’ dalam karyanya ini. Selain daripada itu,apa yang menarik tentang karya ini ialah ia menunjukkan walaupun menggunakan pelakon yang sedikit,namun ia tetap dan mampu memberikan impak kepada penonton. Pengarah juga menyampaikan bahawa walaupun dengan modal yang sedikit,ia masih lagi mampu mementaskan sebuah teater yang Berjaya. Tambahan lagi,komedi yang diselitkan didalam teater ini juga ibarat menambah warna di dalam teater ini. Lawak-lawak yang disampaikan juga berkesan dan tidak membuat penonton menjadi bosan. Selain daripada itu juga,pengarah bijak dalam memastikan mesej yang ingin disampaikan Berjaya. Pengarah menggunakan budaya melayu yang paling dekat dengan rakyat supaya penonton mudah untuk memahami cerita ini. Sebagai kesimpulan, saya berpendapat teater ini sangat bagus untuk ditonton berbanding teater lain. Dan saya juga sangat berharap pengarah mementaskan teater ini sekali lagi.

Unknown said...

Berdasarkan pendapat saya , teater Kubur telah berjaya mencapai objektif dalam menyampaikan pengajaran kepada penonton. Ini kerana perbualan di antara pelakon jenis berterus terang yang membantu penonton utntuk senang memahami penceritaan teater tersebut. Walaupun, teater ini berkonsepkan 'zero budget' , namun lakonan bersahaja serta jalan penceritaan yang penuh isi berjaya menarik perhatian penonton. Pengarah juga turut berjaya dalam menyelitkan beberapa aksi komedi untuk mengelakkan penonton kebosanan.

Dari segi mesej yang cuba disampaikan oleh pengarah, terdapat banyak maksud yang tersurat dan tersirat yang menggambarkan sifat serta sikap manusia yang berlaku pada masa kini. Sifat tamak dengan memberi kesusahan kepada orang lain akhirnya memakan diri sendiri. walaupun hanya menceritakan mengenai dua orang pengali kubur, namun mesej yang disampaikan mempunyai sindiran terhadap masyarakat lain di dalam pelbagai perkara yang dilakukan dalam hidup mereka.

selain itu, walaupun mempunyai pelakon yang sedikit , namun lakonan mereka harus dipuji kerana membawa dialek masing-masing yang menampakkan lakonan mereka bersahaja. Dari segi pencahayaan , audio serta set dan props, teater Kubur ini telah membawa konsep 'poor theatre' di mana hanya dua pasang batu nisan sahaja untuk menggambarkan kawasan perkuburan. Namun begitu, teater ini membuktikan bahawa penceritaan masih boleh disampaikan kerana penonton memahami simbolik bagi setiap set yang disediakan di atas pentas. Pencahayaan dan audio turut berjaya dalam membantu menaikkan 'mood' penonton.

Teater Kubur ini telah memperlihatkan bahawa penulis cuba mencerminkan sikap masyarakat kini dengan menggunakan persembahan teater sebagai medium dalam usaha menyedarkan masyarakat. Oleh itu, masyarakat harus belajar menyedarinya dan teater ini juga mungkin boleh dipentaskan semula dengan menggunakan konsep yang berlainan memandangkan kini industri teater mulai dipandang tinggi oleh orang ramai.

#AMIRA SYAHIRA BINTI SHAMSUL BAHRI
(2011922631 , CT 226 , PART 4)

AHMAD SYAFIQ BIN AHMAD TARMIZI said...

Naskah Kubur karya Wiramanja sangat menarik untuk dipentaskan sekali lagi kerana naskah ini mempunyai satu isu yang sangat kuat iaitu mengenai wang. Isu yang diketengahkan oleh penulis skrip ini sangat bersesuaian dengan permasalahan yang dialami didalam dunia ini yang tiada pengakhiran. Sikap dan sifat manusia terhadap wang menjadi lumrah kepada kehidupan masyarakat sekarang.

Jika menonton kepada video yang dipaparkan, pementasan ini mempunyai satu kekuatan untuk menarik minat penonton untuk hadir. Kekuatan pementasan ini adalah berdasarkan konsepnya sendiri. Konsep teater yang digunakan adalah berbentuk minimalis. Ianya tidak memerlukan tempat atau ruang lakon yang terlalu komplex atau besar.

Selain itu, plot penceritaan naskah ini sangat menarik kerana ia sangat dekat dengan kehidupan seharian sebagai masyarakat.

Pada pendapat saya, naskah kubur ini berpotensi besar untuk dipentaskan lagi tetapi didalam bentuk yang lebih moden dan urban atau berkonsepkan post modern theatre. Ini adalah kerana teater-teater yang berkonsepkan post modern ini mampu untuk menarik golongan belia khususnya. Secara tidak langsung, daripada pementasan naskah ini dapat memberi sedikit pengajaran atau impak kepada penonton.

Orked said...

Sesungguhnya solatku, ibadahku,hidupku dan matiku hanya untukMu Ya Allah...

Teater kubur merupakan teater yang mengandungi pelbagai pengajaran dan nilai murni yang dipentaskanhanya beberapa orang pelakon sahaja memberi impak dan kesan yang amat besar serta memukau penonton. Pengarah menyelitkan unsur komedi sebagai sindiran kepada penonton untuk penonton menerima dan berfikir secara perlahan-lahan kerana bagi saya jika pengarah tidak meletakkan unsur komedi, penonton akan secara drastik merasa disindir dan diperli. Unsur komedi amat perlu digunapakai dalam sesebuah persembahan malah komedi pada masa kini telah diangkat darjatnya.

Sifat busuk hati, dengki, tidak berbuat baik sesama manusia, mementingkan diri sendiri adalah sifat yang perlu dijauhi oleh manusia dan pengarah menggunakan komedi ini untuk menyedarkan manusia kerana kita dapat lihat pada masa kini segelintir masyarakat masih mempunyai perasaan sebegini dan amat membimbangkan malah dalam Islam sendiri amat menuntut umatnya berbuat baik sesama manusia tidak kira bangsa dqan agama. Selain itu, teater kubur ini harus ditonton oleh setiap lapisan umur dan semua kaum, bangsa juga harus menonton dan ini akan membuatkan dunia aman tenteram justeru tidak tercetuslah peperangan selain manusia hidup dalam berkasih sayang.

Idea naskhah sebegini harus dicari gali dan dipelbagaikan kerana ia memberi impak yang besar kepada penonton malah boleh menyatupadukan sesama manusia tanpa berpecah belah. Teater kubur ini amat berkesan dari segi pengolahan naskhah dan dari segi persembahan walaupun menggunakan set prop serta aspek spectacle yang amat sederhana, ia telah memukau para penonton dan nilai murni yang dikemukakan amat bersesuaian dengan sifat manusia pada masa kini terutamanya...
assalamualaikum








Unknown said...

Pada pandangan saya tentang teater Kubur arahan Wiramanja sangat menarik dari segi jalan cerita,perwatakan,dialog dan mesej yang ingin disampaikan kepada penonton.Kos yang digunakan untuk pembikinan teater ini juga tidak menggunakan wang yang banyak.Walaupun begitu pengajaran yang ingin disampaikan kepada penonton sangat memberi impak dan kesedaran kepada mereka iaitu tentang masyarakat masa kini yang mementingkan kekayaan di atas penderitaan orang lain tanpa memikirkan kesan yang bakal berlaku kepada mereka.

Selain itu,teater Kubur ini mempunyai unsur-unsur kelucuan dan lawak jenaka yang mencuit hati penonton yang menontonnya.Pelakon menggunakan dialik sabah untuk mewujudkan unsur kejenakaan itu.Bukan itu saja,teater ini juga tidak memerlukan watak yang banyak,cukup dengan hanya beberapa watak saja tetapi sudah dapat menghidupkan teater itu.Setiap watak yang En.Wiramanja wujudkan mempunyai maksud yang tersendiri.

Akhirnya,teater Kubur berjaya dipentaskan dengan jayanya.En.Wira telah berjaya melahirkan idea yang sangat bernas dan berkualiti serta kreatif dalam karyanya.Walaupun beliau menyindir masyarakat menerusi penghasilan karyanya,tujuan utama iaitu menyampaikan mesej dapat diterima oleh penonton.

Tahniah! En.Wira di atas kejayaan anda.

Anonymous said...

#MOHD FALIQ BIN MOHD DIAH
#2010906535
#CT 226
Berdasarkan pendapat saya skrip kubur arahan wiramanja merupakan satu skrip yang dipersembahan dalam bentuk teater yang mempunyai banyak makna yang tersirat untuk dipersembahkan kepada penonton. Kubur arahan wiramanja juga berupaya untuk melatih minda penonton dalam memahami maksud atau mesej yang hendak disampaikan dengan pemikiran yang kritis. Banyak mesej yang terkandung di dalam skrip kubur arahan wiramanja yang di mana berkisarkan tentang kehidupan seharian kita. Secara totalnya di sini skirp kubur arahan wiramanja sesuai dipertontonkan kepada umum dan mungkin boleh dibuat dengan lebih baik lagi jika mempunyai peruntukkan yang besar.

Anonymous said...

Fenomena teater muzikal yang menjadi ikutan dalam masyarakat kita sedikit sebanyak membantu mereka yang tidak tahu megenai pekara tersebut apa itu teater. Mereka diberi pendedahan dan mengenali seni teater itu sendiri namun pekara tersebut wajarkah masyarakat itu sendiri hanya perlu tahu tentang teater muzikal sahaja untuk dijadikan sebagai tontonan. Pelbagai genre teater yang lain boleh dijadikan bahan tontonan supaya masyarakat tidak cetek ilmu dalam mempelbagaikan penontonan teater itu sendiri. Karya Wiramanja iaitu Kubur yang bukan genre muzikal merupakan kisah yang mana terdapat beberapa elemen sinikal yang dipertonjolkan kepada masyarakat. Cerita tersebut tidak memerlukan bajet yang besar seperti set besar kapal, audio macam buat konsert ,lighting buat persembahan begemerlapan tetapi apa yang ingin ditontonkan jelas dan nyata kepada masyarakat. Setiap watak dan pewatakan mempunyai objektif dalam penyampaian penceritaan itu sendiri yang mana sesuai dengan keadaan persekitaran dalam cerita tersebut.
ABD RAHMAN ZOLKFLE

nur nadiah mahmud (2010396585) said...

Pada pendapat saya, teater Kubur ini penuh dengan pengajaran yg baik serta nilai-nilai murni yang mampu memberi kesedaran kepada para penonton dan juga masyarakat. Selain itu, penggunaan unsur komedi yang diterapkan didalam teater ini oleh para pelakon menjadikan teater ini lebuh menarik dan kreatif. Selain itu, pengarah juga berjaya menghasilkan teater ini dengan hanya menggunakan beberapa org pelakon dan dengan pelaksanaan zero budget yang mana bukan mudah untuk dihasilkan tetapi pengarah teater kubur ini berjaya menghasilkannya dengan jayanya.oleh itu, teater Kubur ini mempunyai keunikan tersendiri dalam menyampaikan maksud-maksud yang tersendiri supaya dapat menyedarkan para penonton dengan nilai-nilai murni yang harus dipupuk dalam masyarakat pada hari ini.

Unknown said...

assalamulaikum kepada semua insan dan terutama kepada penlahir idea teater yang penuh artistik dan mempunyai estetik setiap dialog yang tercipta. bagi saya teater kubur ciptaan wiramanja ini begitu mendalam dan intrinsik makna dan persoalan yang hendak disampaikan.

Unknown said...

assalamulaikum kepada semua insan dan terutama kepada penlahir idea teater yang penuh artistik dan mempunyai estetik setiap dialog yang tercipta. bagi saya teater kubur ciptaan wiramanja ini begitu mendalam dan intrinsik makna dan persoalan yang hendak disampaikan.

Unknown said...

assalamulaikum kepada semua insan dan terutama kepada penlahir idea teater yang penuh artistik dan mempunyai estetik setiap dialog yang tercipta. bagi saya teater kubur ciptaan wiramanja ini begitu mendalam dan intrinsik makna dan persoalan yang hendak disampaikan.

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Pada pendapat saya,jalan cerita Kubur memang menghiburkan dan mengandungi unsur-unsur pengajaran yang tersendiri.Watak Ramli dan Karim membawa peranan utama menjadi tunjang utama dalam penyampaian unsur-unsur didaktik selain menghiburkan para audiens dengan gelagat lucu mereka.Manakala watak Samad dan Rashid membantu menyampaikan unsur-unsur didaktik yang dibawa watak Ramli dan Karim.Unsur-unsur pengajaran yang dibawa seperti jangan bersikap tamak,jauhi fitnah ataupun gosip dan juga tidak mengharapkan sesuatu yang melampau demi kepentingan diri sendiri tersirat disebalik unsur-unsur humor pada jalan cerita Kubur ini.Contohnya,Ramli mengajak Karim ke Iraq untuk bekerja sebagai penggali kubur namun dibantah oleh Karim kerana dia tidak mahu mati katak dibom di sana.Hal ini menunjukkan walaupun peluang pekerjaan banyak di luar negara namun risiko yang bakal ditempuhi perlu diambil kira serta kita perlu berfikir sebelum bertindak.
Penggunaan Bahasa Melayu loghat "Sabahan" memang padan dan menjadi kunci kejayaan sebagai alat menghiburkan audiens ataupun selari dengan gaya pementasan jalan cerita Kubur ini.Oleh kerana loghat "Sabahan" hampir baku,maka hampir semua bahasa yang digunakan dapat difahami dengan mudah oleh para audiens.Namun terdapat kata-kata yang sukar difahami seperti 'ndak' dan 'sigup'.
Akhir sekali,saya berpendapat bahawa Kubur berjaya menjadi sebuah karya rendah bajet yang menghiburkan audiens serta sarat dengan unsur-unsur pengajaran.


ABDUL HIZAR BIN ABDUL HAID
2013384525
FF2241A

Unknown said...

Assalamualaikum...

Melalui tajuk naskhah dan voice over di permulaan persembahan memberikan saya satu persepsi yang mengatakan bahawa teater ini bergenre seram atau mungkin bergenre 'tragedy'. Namun, setelah bermulanya cerita dari saat munculnya 2 orang penggali kubur sehinggalah tamat cerita, persepsi saya salah. Naskhah 'Kubur' ini adalah bergenre 'satire comedy' atau komedi sindiran. Inilah elemen utama yang disuntik oleh pengkarya dan pengarah teater ini iaitu Wiramanja. Sindirannya tidak diucapkan terus kepada penonton namun disulam dengan unsur kemedi. Tanpa penonton sedari, didalam jenaka yang disampaikan terselit sindiran yang sangat tajam mengenai kehidupan masyarakat. Sebagai contoh, saya mengambil watak wartawan (Rashid), yang beriya-iya ingin mewawancara 2 orang penggali kubur (Ramli dan Karim) untuk dijadikan berita muka depan akhbarnya. Watak Rashid sebagai wartawan menggambarkan pihak media yang senantiasa akan mencari cerita-cerita baru, unik dan pelik untuk melariskan akhbar. Samad juga menyindir Rashid dengan kata-kata 'Takkanlah sampai ke kubur nak cari berita', ini menggambarkan bahawa pihak media akan senantiasa mencarai apa saja berita sehinggalah ke lubang kubur sekalipun demi melariskan akhbar.

Seterusnya, naskhah 'Kubur' ini juga membawa penonton ke satu alam kehidupan yang jarang-jarang kita dengar iaitu mengenai penggali kubur. Dari naskhah ini, kita dapat mengetahui bagaimana seorang penggali kubur mencari rezeki demi menampung perbelanjaan hidup sehari-hari. Timbul persoalan dalam pemikiran saya iaitu bagaimana Ramli dan Karim menyara kehidupan mereka sehari-hari setelah 3 bulan tanpa kematian dan adakah pekerjaan lain yang mereka lakukan? Apabila ada kematian, itulah punca rezeki mereka.

Selanjutnya, konsep keseluruhan pementasan ini yang berlandaskan 'poor theatre' membuatkan penonton akan fokus kepada penceritaan dan pemikiran pengkara yang ingin disampaikan. Walaupun set pentasnya yang minimal, namun dengan plot penceritaan yang menarik, tema dan persoalan yang ringkas dan padat disamping kelucuan watak-watak yang ditonjolkon telah berjaya memukau penonton. Bagi saya itu sudah memadai.

Secara keseluruhannya, boleh saya nyatakan disini bahawa naskhah 'Kubur' adalah satu naskhah yang begitu sarat dengan persoalan dan pemikiran mengenai kehidupan masyarakat. Isu-isu yang ditonjolkan masih wujud pada zaman ini dan jika naskhah ini dipentaskan semula, bagi saya ianya tidak akan menjadi satu masalah malah membuatkan masyarakat pada masa kini akan lebih bijak berfikir.

MUHAMMAD HANIS BIN SAMARUDIN
2011427246
CT 225

Norsuhana said...

Assalamualaikum…
Saya berpendapat bahawa teater Kubur mempunyai satu penyampaian yang kukuh dari segi pengisisan naskhah dan cara penyampaian lakonannya. Melalui pemerhatian saya sebagai penonton yang melihat persembahan naskhah Kubur ini, ia penuh dengan perkara yang nyata di dalam kehidupan kita yang kadangkala masyarakat atau manusia itu sendiri terlepas pandang atau memandang secara ringan. Apabila dilihat dari aspek artistiknya ia berkonsepkan sederhana dan bagi saya ianya sudah memadai. Kekuatan pelakonnya melebihi keperluan artistik dari segi set dan sebagainya.
Apa yang menarik adalah apabila naskhah ini disampaikan secara santai melalui lakonan dua watak utama Ramli dan Karim yang memberi pentas atau naskhah itu hidup dengan pembawakan watak yang kelakar. Apabila ia disampaikan secara komedi, penerimaan penonton menjadi lebih terbuka. Dalam pada masa yang sama, ia mengetengahkan isu yang serius. Pada awal cerita kedua watak ada menyebut tentang dunia yang mahukan keamanan dimana ia membawa perkara tersirat dan sangat subjektif untuk diperkatakan. Keamanan diri, keamanan masyarakat dan dunia. Dunia kita sememangnya kelihatan aman tetapi masih berperang sesama sendiri di dalam pandangan yang gelap. Ini bermaksud bahawa manusia itu sendiri yang sentiasa mencetuskan perang tetapi masih meminta untuk keamanan. Sememangnya kita sebagai masyarakat yang masih tidak sedar dan hanya kita sahaja yang mampu mengubahnya.
Seterusnya apa yang menarik minat saya di dalam pementasan teater Kubur ini adalah apabila ada disebutkan tentang hidup, mati, jodoh dan dosa. Kesemuanya adalah perkara yang sangat dekat dengan kita sendiri. Mungkin ia sudah biasa didengar dalam kehidupan harian kita namun dari segi pemerhatian saya naskhah ini mengetengahkan kesemua isu tersebut secara santai tetapi membiarkan penonton mengorek atau mencungkil dalamannya idea dan pengisian yang hendak disampaikan. Dalam penyampaian lakonan dua watak penggali kubur sambil berdialog tentang empat perkara tersebut membuatkan ianya terkesan kepada saya sebagai penonton. Mereka juga mengingatkan tentang mati itu pasti dimana penulis mahu bercakap tentang kekuasaan Allah dan siapa kita di muka bumi ini. Berbalik kepada persoalan kewujudan manusia di bumi Tahun dan pasti satu hari nanti akan kembali kepada-Nya.
Ternyata teater Kubur ini penuh dengan pengajaran-pengajaran yang dilemparkan di pentas lakon secara bersahaja tetapi cukup bermakna. Ia juga ada mengingatkan tentang mati syahid dimana menjelaskan bahawa jika niat kita tidak betul maka tidaklah kita mendapatkan seperti apa yang sepatutnya diterima.
Terakhir, terpalit satu kejelasan kepada saya iaitu apabila dipaparkan dalam babak akhir teater Kubur semasa kedua-dua penggali kubur sedih kerana kematian tunang mereka tetapi wartawan merasakan kisah mereka menarik dan boleh dijual sehingga melariskan penjualan suratkhabar yang pasti membawa keuntungan kepada dirinya. Begitu juga dengan kedua-dua penggali kubur yang dari awalnya hanya meminta kematian orang untuk keuntungan diri mereka. Ini menunjukkan yang sememangnya perkara yang sering terjadi di sekeliling kita apabila manusia selalu mementingkan diri dan bergembira di atas kesedihan orang lain. Manusia lebih memikirkan keuntungan diri dari mempunyai rasa simpati terhadap sesama sendiri. Nyata, ia memang terjadi. Teater Kubur ini mempunyai pengisian yang kuat dan pemilihan penyampaian secara komedi adalah yang terbaik kerana memberi keterbukaan minda kepada penonton sekaligus berjaya menghiburkan.

NORSUHANA BINTI MOHAMAD WAHID
2011260482
CT 225

Anonymous said...

Assalamualaikum,
Teater kubur merupakan salah satu teater yang mempunyai unsur-unsur sindiran tetapi telah di sampaikan dalam bentuk komedi. Walaubagaimanapun, melalui tajuknya sendiri iaitu 'Kubur' telah dapat memberikan satu persepsi yang berbeza. Maksudnya disini di dalam tajuk itu sendiri penonton akan beranggapan bahawa ianya satu teater yang berbentuk seram di mana yang biasa di kaitkan dengan kubur adalah hantu. Tetapi apa yang ada dalam teater ini hanyalah kisah dua penggali kubur yang melucukan dan dalam masa yang sama juga ianya turut terselit dengan beberapa pengajaran pada penghujung persembahan itu.
Persembahan ini ada juga diselitkan dengan sedikit sebanyak mengenai kehidupan realiti yang ada dalam sesetengah kalangan masyarakat kita sendiri. Contohnya seperti yang terdapat pada watak si penggali kubur itu sendiri. Pekerjaannya hanyalah menggali kubur dan kehidupan mereka hanyalah bergantung pada satu pekerjaan itu sahaja. Walaubagaimanapun mereka sering mengambil kesempatan ke atas si mati, dimana mereka sentiasa mendoakan agar setiap hari akan ada orang yang meninggal dan secara tidak langsung si penggali kubur ini akan mendapat upah menggali kubur. Mereka bergembira sedangkan pihak si mati bersedih. Mereka telah mewujudkan situasi yang melucukan dalam penantian mereka menunggu akan adanya orang yang meninggal.
Selain dari itu juga teater ini juga telah menyampaikan satu mesej bahawa setiap kejadian atau kematian adalah kehendak dariNya. Ia juga telah mempunyai hikmah di sebalik sesuatu kejadian yang terjadi. Saya berpendapat bahawa teater 'Kubur' ini telah memberikan beberapa nilai-nilai murni yang boleh di pertontonkan untuk semua peringkat umur.

MARLISA BINTI MASNUNI
2011884008
CT225 (2014)

Anonymous said...

berdasarkan cerita yang dihasilkan oleh pengarah,pada pemdapat saya cerita Kubur ini telah digilap dan diarahkan dengan baik. cerita Kubur ini telah diterapkan dengan nilai-nilai pengajaran dan kesedaran terutamanya pada masyarakat sekarang yang sanggup buat apa sahaja demi wang dan sikap mememntingkan diri. genre komedi yang digunapakai oleh pengarah adalah amat bersesuaian dan penonton dapat merasakan kisah Kubur ini amat dekat dengan masyarakat di Malaysia ini. pengarah berjaya memanipulasi penonton pada awal plot cerita kerana audio yang digunakan seolah-seolah naskhah ini adalah sebuah genre seram. walaupun pengarah hanya menggunakan konsep 'poor theater' tetapi ianya berjaya memberi visual suasana tanah perkuburan. kesimpulannya,naskhah ini berjaya memberikan pengajan dan kesedaran kepada masyarakat pada masa kini.

Anonymous said...

berdasarkan cerita yang dihasilkan oleh pengarah,pada pemdapat saya cerita Kubur ini telah digilap dan diarahkan dengan baik. cerita Kubur ini telah diterapkan dengan nilai-nilai pengajaran dan kesedaran terutamanya pada masyarakat sekarang yang sanggup buat apa sahaja demi wang dan sikap mememntingkan diri. genre komedi yang digunapakai oleh pengarah adalah amat bersesuaian dan penonton dapat merasakan kisah Kubur ini amat dekat dengan masyarakat di Malaysia ini. pengarah berjaya memanipulasi penonton pada awal plot cerita kerana audio yang digunakan seolah-seolah naskhah ini adalah sebuah genre seram. walaupun pengarah hanya menggunakan konsep 'poor theater' tetapi ianya berjaya memberi visual suasana tanah perkuburan. kesimpulannya,naskhah ini berjaya memberikan pengajan dan kesedaran kepada masyarakat pada masa kini.

(muhamad fareez bin abu sabry
2011856646 - ct225 )

Anonymous said...

Assalamualaikum,En Wira.
Pada pendapat saya,teater KUBUR ini mempunyai jalan ceritanya yang tersendiri.Latar belakang penduduk setempat itu sendiri.Percakapan,perilaku para pelakon itu sendiri sudah cukup menceritakan watak yang dibawa oleh mereka.Pemikiran yang sering didengar tapi tidak diendahkan dan dipandang remeh tetapi sebenarnya merupakan isu sebenar masalah yang timbul dalam kalangan komuniti sekarang ini.Mungkin bagi sesetengah pihak adalah tidak mengapa jika melakukan sedikit penyongsangan demi mendapatkan manfaat atau keuntungan namun di dalam KUBUR terselit dalam bentuk sarkatik ataupun sindiran bahawa yang salah tetap salah.
Akhir kata,keseluruhan cerita ini meninggalkan nilai harmoni secara tidak langsung mahupun langsung kepada para penonton.Tahniah Encik Wira.Terima kasih.
-Nasuha Binti Mat Salleh-
2013536525
FF224 1A

THARWA WAJIHAH BINTI ZAINAL said...

Salam,
Pertama sekali yang saya dapati apabila selesai melihat teater ini adalah ironinya tajuknya kepada jalan cerita ini. Kubur menjadi metafora teater ini yang mementaskan watak-watak yang tinggal di zaman pasca-modernisme tetapi masih mempunyai perangai 'unciviliced' di mana saya beranggapan watak mereka ini sepatutnya sudah 'dikuburkan' ketika datangnya zaman modern tetapi persoalan ini dibangkitkan dengan teater Kubur ini dengan nafsu-nafsu manusia yang boleh dikatakan tak ditelan zaman sehingga kini.

Pementasan ini difahamkan adalah dengan 'zero' budget. Tetapi karya teater Kubur ini bagi saya lebih berlandaskan perwatakan-perwatakan di dalamnya. Jikalau ia dipentaskan semula, saya berasa kalau setting lebih lagi minimalisme, dan perwatakan dan laonan difokuskan, generasi muda mungkin akan lebih respons. Ini kerana penulisan teater Kubur ini bukanlah bagi saya klasikal teater, tetapi pasca-modernisme teater di mana lakonan dan perwatakan selalunya menjadi fokus utama teater.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan tahniah kepada En. Wira kerana berjaya menulis teater Kubur ini yang boleh dibawa dalam apa saja medium atau genre teater. Saya berharap teater ini dapat dipentaskan semula dengan saranan minimalisme saya mungkin di pentas KLPac dan Actor's Studio yang kini gian melakukan teater minimalisme yang lebih fokus kepada perwatakan dan lakonan kepada persoalan yang diangkat oleh teater Kubur ini.

Sekian.
THARWA WAJIHAH BINTI ZAINAL
2012512595
ELECTIVE PLAYWRITING (PAGI)

Unknown said...

saya berpendapat KUBUR suatu tempat selepas alam kematian. Satu tajuk yang sangat dekat dengan semua orang dan tajuk sahaja tidak dapat mengambarkan keseluruhan cerita. Wiramanja sebagai dalang dalam penulisan dan pengarahan teater ini telah berjaya melahirkan satu titik rasa pemikiran seseorang apabila menonton Teater atau karya ini bertepatan dengan unsur kemanusiaan dan kemasyarakatan umum. ia mencakupi pelbagai sindiran-sindiran keras yang tersembunyi dalam pementasan. bagi golongan pemikir dan para karyawan mereka akan dapat melihat mesej-mesej yang ingin di sampaikan oleh pengarah persembahan ini. setelah menonton rakaman pementasan ini saya secara peribadi memberi satu salutasi pengkaryaan kepada pengarah,penulis dan pelakon dalam menjayakan karya ini.Jalan cerita teater Kubur ini membawa penonton untuk menyedari konflik yang berlaku pada masa kini. ironinya , untuk menyedarkan bahawa terdapat dikalangan masyarakat kita yang memperoleh kekayaan di atas kesengsaraan orang lain. Jelas pengarah mempertontonkan mesej yang cuba disampaikan dengan berkesan dan lakonan yang menarik oleh barisan pelakon.Yang mana sebelum ini kita tidak pernah ambil peduli atau kisah akan tugas sebagai seorang penggali kubur. Akhirnya di sini dapatlah saya katakana bahawa teater yang baik itu tidak memerlukan bajet yang besar, tetapi sekiranya teater tersebut bagus hasilnya juga adalah yang terbaik.

ERNI ELIANI ZAILANI
2012913659
FF226 4P (ELEKTIF PLAYWRITING)

Unknown said...

Teatre KUBUR ini menggunakan satu konsep yang unik dimana menggunakan satu ruang dunia yang jarang dipandang oleh orang ramai iaitu perkerjaan penggali kubur yang menggunakan kematian sebagai punca pendapatan.

Teater ini sedikit sebanyak menunjukkan bagaimana kehidupan seseorang manusia itu banyka bergantung kepada kehidupan orang lain atau kematian orang lain. Ianya banyak membahaskan bagaimana manusia sememangnya banyak bergantung antara satu sam dengan yang lain walaupun secara tidak menyedari perkara tersebut berlaku dikalangan mereka.

Teater ini juga banyak menunjukkan bertapa penting nilai moral yang perlu didik ke dalam sanubari manusia kerana manusia tidak boleh melarikan diri dari kehidupan bermasyarakat yang menjerumus kepada bertapa pentingnya nilai kemasyarakatan di dalam Malaysia ini.

Akmal Ariff Ibrahim
2012139567
FF226 4P
Student Playwriting Elektif pagi (Mac-Julai 2014)

Unknown said...

genre komedi yang digunapakai oleh pengarah adalah amat bersesuaian dan penonton dapat merasakan kisah Kubur ini amat dekat dengan masyarakat di Malaysia ini. pengarah berjaya memanipulasi penonton pada awal plot cerita kerana audio yang digunakan seolah-seolah naskhah ini adalah sebuah genre seram. walaupun pengarah hanya menggunakan konsep 'poor theater' tetapi ianya berjaya memberi visual suasana tanah perkuburan. kesimpulannya,naskhah ini berjaya memberikan pengajan dan kesedaran kepada masyarakat pada masa kini.
Jika dilihat lebih dekat pengarang seakan-akan memprotes dari segi kehidupan masyarakat sosial tetapi dari sudut positif memberi penonton membuka minda apa yang telah berlaku di dalam dunia ini. Saya sangat suka kepada teks teater kubur ini kerana membuka minda saya untuk berfikir.
Muhammad Khairul Nizam Bin Suhaimi
2012945751
FF226 4P

Shereen Nadira Jasney said...

Pendapat peribadi saya terhadap Teater Kubur ini adalah ia dapat memberi kesedaran kepada masyarakat kita pada hari ini, bahawa terdapat segelintir masyarakat memperoleh hasil rezeki mereka daripada kesedihan atau kesengsaraan orang lain, dan jarang terfikir bahawa segenlintir masyarakat tersebut adalah penggali kubur. Dalam teater ini juga dapat dilihat ia menggunakan dialek Sabah dan diselitkan dengan unsur unsur sindiran serta komedi bagi menarik perhatian penonton. Di samping itu, mesej yang ingin disampaikan juga sangat jelas dan senang difahami. Walaupun teater ini tidak menggunakan sebarang bajet, namun secara keseluruhannya ia dapat memaparkan serta menyampaikan mesej yang tersirat kepada para penonton dengan berkesan, hasil daripada barisan pelakon yang bagus.Kesimpulannya,teater ini serba sedikit telah dapat membuka minda masyarakat kini untuk sedari bahawa di zaman yang serba serbi moden sekarang terdapat juga segilintir masyarakat yang masih berfiran kuno. Oleh itu, masyarakat harus menolong di antara satu sama lain untuk sentiasa berfikiran terbuka dan jangan terlalu berfikiran cetek dalam memikirkan sesuatu aspek atau perkara kerana ia akan menjatuhkan maruah orang itu sendiri.

Shereen Nadira Binti Jasney
2012 99 5353
FF 226 4P

2012355291 said...

Assalamualaikum,

Teater Kubur yang diarahkan oleh Encik Wiramanja berjaya membuatkan saya tertarik dengan jalan ceritanya. Sebuah teater yang memaparkan mengenai kematian seperti siapa, bila, bagaimana dan dimana ianya berlaku. Sebagai penganut agama Islam, wajib percaya dengan kematian yang dijanjikan oleh Allah S.W.T. tanpa ragu-ragu. Melalui jalan cerita Teater Kubur ini, kreativiti dan ketajaman fikiran pengarah begitu terserlah kerana jalan cerita teater ini begitu dekat dengan diri penonton dan mampu memberi kesedaran dan peringatan bersama. Walaupun teater ini 'zero bajet', tetapi mesej dan pengajaran yang disampaikan menyerap di hati penonton dan mampu membuatkan berasa tersentuh dan terharu. Sekian.

2012355291
CTW423 - Playwriting
ELE_CTW423 (Pagi)
Mac - July 2014

FARAH NADIAH BINTI NAZIMUDDEEN said...

Assalamualaikum.
Pada pandangan saya, pementasan teater Kubur adalah suatu naskah yang bagi saya kreatif dan mempunyai jalan cerita yang menarik. Narrative utamanya berkaitan Kubur bagi saya adalah sesuatu yang luar dari kotak, ianya merupakan sesuatu yang baru yang tidak sama dengan naskah yang lain. Walaupun teater Kubur ini diklasifikasikan 'poor theatre', namun jalan cerita dan pengolahannya berjaya sampai ke hati penonton. Sejujurnya, bagi saya, walaupun teater ini 'zero budget' dimana hanya beberapa props diguna pakai,, namun ianya berjaya menarik perhatian penonton dengan wujudnya serba serbi unsur komedi. Genre komedi yang dipersembahkan mudah diterima oleh penonton dari setiap golongan. Dialog yang diperkatakan sangat bernas dan bijak kerana ianya mempunyai maksud yang tersurat dan tersirat. Selain itu, apa yang jelas dan nyata dari pementasan teater Kubur ini ialah jalan cerita yang penuh dengan nilai-nilai murni dan pengajaran yang subteks. Sebagai manusia, kita seharusnya sedar, peka dan menghormati setiap pekerjaan yang mulia didunia ini. Kita haruslah berbuat baik sesama kita dan hidup dengan penuh harmoni. Akhir sekali, saya berharap teater ini akan dipentaskan semula agar kami sebagai golongan muda dapat menyaksikan naskah yang baik ini secara langsung. Pementasan semula teater Kubur ini pasti mendapat sokongan dari ramai pihak. Tahniah Encik Wira diatas naskah yang bernas dan bijak.
Sekian,

FARAH NADIAH BINTI NAZIMUDDEEN
2012380955
ELECTIVE PLAYWRITING (PAGI)

Anonymous said...

Assalamualaikum. Pada pendapat saya, genre yang dibawa dalam naskhah kubur ini merupakan tindakan bijak pengarah, iaitu En Wiramanja. Bagi saya, menggunakan genre komedi untuk menyampakan sesuatu masej yang berat merupakan win/lost situation. Samaada akan berjaya atau penonton akan pulang dengan perasaan yang tidak faham akan cerita yang disampaikan. walaubagaimanapun, dalam naskhah kubur ini, genre komedi yang berbentuk sinikal ini berjaya menggeletek sesiapa yang menonotonnya malah dalam pada masa yang sama membuka minda pennton untuk turutsama berfikir di luar kotak atas apa yang sebenarnya yang ingin disampaikan oleh pengarah.Yang kedua, saya bersetuju dan suka akan konsep pementasan teater ini, iaitu poor theater. Saya bersetuju jika kita mletakkan standard teater ini sebagai 'zero budgetwith thousand mind'. Pementasan yang hanya menggunakan set suggestion, pencahayaan, set dan props yang minimalis memberi peluang kepada penonoton untuk mengeksplorasi sendiri minda mereka dalam memahami teater ini. Sebenanrnya, saya mendapat idea bahawa terdapat beberapa persamaan dari segi konsepnya dengan teater-teater 'indiependent' yang saya pernah tonton sebelum ini. Sebagai contoh, teater Zombi serang panggungarahan Cech Andrea yang juga berkonsepkan minimalis dalam pementasanna namun masej yang ingin disampaikannya adalah berat. Kubur menjadi inspirasi dan contoh kepada teater-teater baru kini supaya mementaskan sesuatu yang ringkas tetapi padat dengan ilmu.Seterusnya, skrip kubur. Semua orang boleh menulis skrip. Namun begitu, seseorang itu perlu ilmu dan pengalaan yang tinggi dalam menghasilkan skrip yang berbentuk ilmiah dalam pada yang sama bijak mengatur langkah menggunakan unsur komedi dalam penyampaiannya. Skrip yang juga ditulisolehEn.Wiramanja ini menyentuh sekecil-kecil isu sehinggalah sebesar-besar msalah dengan cara yang halus. Bermula dengan maslaah masyarakat, ekonomi, kerajaan dan ngo, agama sehinggalahke garisan antarabangsa iaitu peperangan. Apa yang penting, tema Kubur ini merupakan persoalan yang menarik untuk dikongsikan sebagai perbincangan minda. Kitaran Hidup Manusia (Circle of Life) ,tema yang diangkat membincangkan bagaimana manusia mendapat kesenangan hidup dari mengambil kesempatanatas kesempitan orang lain. Penggali kubur misalnya, tugas yang diangkat sebagai fardu kifayah kinimenjadi satu bentuk perniagaan sehingga hilang fardunya.Pada hemat saya, hilang fardunya bermaksud hilang segala adab dan tanggungjawab sebagai Islam dalam memegang tanggungjawab sebagai hambaNya yang memikul tanggungjawab sebagai seorang penggali kubur. Karim dan Ramli menjadi satu representasi segelintir masyarakat yang lalai, lupa akan tanggungjawab sebenar seorang hamba Allah. Saya yakin Kubur arahan En Wiramanja ini ingin mengajak kita agar sama-sama muhasabah diri tentang apa yang kita kerjakan sekarang, adakah kita bertanggungjawab dalam melakukannya dan adakah kita memijak orang lain untuk kesenangan diri kita sendri. Di samping., dalam mengejar kemewahan sendiri, kita haruslah peka dan tidak lalai dengan keadaan isu semasa dalam mahupun luar negara.


Intan Saidah Emir FF223
2012926747
Playwriting (Elective)
Class Rabu 8.30 am

Anonymous said...

hai, saya pelajar dari UMK, pelajar tahun akhir . nama saya nur syafieqah najwa. untuk fyp kami harus membuat teater. jadi kami ingin memintak kebenaran encik untuk menggunakan skrip teater kubur, untuk dipentaskan. harap encik memberi maklum balas. terima kasih