tag:blogger.com,1999:blog-4126037385586691732.post8674007055194746931..comments2022-07-01T09:12:52.274-07:00Comments on Wiramanja Official Blog: Komunikasi Budaya: Dari Alam Rahim ke Alam BarzakhUnknownnoreply@blogger.comBlogger5125tag:blogger.com,1999:blog-4126037385586691732.post-2188456395679140582011-01-13T08:39:23.504-08:002011-01-13T08:39:23.504-08:00Hang Tuah pernah berkata "Takkan Melayu Hilan...Hang Tuah pernah berkata "Takkan Melayu Hilang Di Dunia". Ungkapan itu sememangnya benar, tetapi berdasarkan pemerhatian orang ramai, ungkapan baru boleh dikeluarkan. Ungkapan yang sememangnya kena pada masyarakt Melayu zaman sekarang. "Takkan Melayu hilang di dunia, tapi apa gunanya kalau kewujudan tidak dirasa", inilah ungkapan yang dibarukan berdasarkan pemerhatian orang ramai. Sememangnya, bila berkata tentang "Melayu" pasti ramai yang berkata bahawa orang Melayu adalah pemegang janji "berbudi bahasa" seumur hidup. Apakan daya, semua itu boleh dikategorikan sebagai "janji kosong" lebih-lebih lagi bila dikaitkan dengan remaja. Remaja (Melayu) kini tidak lagi seperti remaja zaman dulu. Kesedaran, itu yang penting. Buku ini, sememangnya mampu menyedarkan remaja-remaja Melayu kita. Nama buku ini sahaja juga boleh dilihat bahawa buku ini mampu memberi kesedaran terhadap orang ramai, apatah lagi isi kandungannya. Jangan biarkan Melayu terus me-"LAYU".Z Faizalnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-4126037385586691732.post-6545562631377290342011-01-13T05:42:26.228-08:002011-01-13T05:42:26.228-08:00Orang Melayu sekarang ternyata berbeza dengan yang...Orang Melayu sekarang ternyata berbeza dengan yang dahulu. Lebih-lebih lagi remaja. Remaja dahulu sangat mematuhi adat budaya nenek moyang mereka dan juga ajaran agama Islam. Mereka tidak perlu disuruh atau diajar kerana perkara itu sudah sebati dalam diri mereka. Namun, apabila dunia kian moden, adat budaya orang Melayu juga menjadi ‘moden’. Tidak ada lagi kata-kata lemah lembut yang dilemparkan. Malah, percakapan kasar yang diketengahkan. Lebih menyedihkan, perlakuan ini turut dilakukan oleh remaja terhadap orang yang lebih tua dari mereka. Perbuatan itu sangat kurang ajar namun ia dipandang remeh oleh masyarakat. Mengeluarkan kata-kata kesat juga bukan lagi perkara yang baru dan memalukan. Perkara ini selalu dikaitkan dengan remaja. Tetapi apa yang dilihat pada hari ini ada juga ibu bapa mula menggunakan kata-kata kesat dan dilemparkan pada anak-anak ketika mereka marah. Anak-anak akan berasa sedih berikutan perkara ini. Mereka juga akan terdorong untuk berbuat demikian. Dari segi perlakuan, seks bebas, vandalisma dan banyak lagi sudah menjadi rutin kehidupan. Mereka berbangga untuk melakukannya dan memandang rendah kepada yang tidak melakukannya yang dianggap ketinggalan zaman atau ‘kampung’.Aisyah Tarmizinoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-4126037385586691732.post-51010005662586339672011-01-11T00:49:10.209-08:002011-01-11T00:49:10.209-08:00Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan k...Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua.. Di sini, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi memberi saya peluang untuk membaca blog dan komen mengenai apa yang terkandung yang telah dibaca.. Saya tertarik membaca buku yang bertajuk Dari Alam Rahim Ke Alam Barzakh kerana buku ini amat sesuai untuk para remaja zaman sekarang yang lalai dengan penuh keseronokan. Sememangnya zaman-zaman dahulu, masyarakat melayu banyak dengan nilai-nilai agama yang diterapkan dalam diri mereka. Lain dengan zaman sekarang yang kurang mempunyai nilai-nilai agama.Malah, remaja sekarang suka memandang rendah tentang hukum hakam islam dan mereka lebih terikut dengan gaya barat dan cara mereka sendiri. Selain itu, mereka juga tidak mempunyai perasaan malu apabila mereka berkomunikasi dengan menggunakan perkataan yang kasar dan mengaibkan kepada diri mereka sendiri ataupun orang lain. Masyarakat dulu, penuh dengan percakapan sopan-santun, lemah-lembut, dan sebagainya malah masyarakat sekarang sudah lenyap dengan budi-bahasa mereka. Buku ini juga mempamerkan tentang adat-adat resam masyarakat melayu. Sebagai contoh, adat bersalin, adat berkhatan, adat perkahwinan, dan juga adat kematian. Mereka sangat menitik beratkan tentang adat-adat seperti ini. Oleh hal yang demikian, kita sebagai masyarakat melayu perlulah mengambil tahu tentang adat-adat seperti ini supaya tidak lapuk dan terpesong jauh. Akhir kata, saya sangat setuju dengan apa yang terkandung dalam buku ini dan buku ini amat berguna kepada semua individu. Tidak kira muda atau tua kerana buku ini memberi manfaat dan pengajaran buat kita semua. Sekian, terima kasih.Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-4126037385586691732.post-55238108190955231512011-01-10T05:53:17.664-08:002011-01-10T05:53:17.664-08:00ya...zaman sekarang remaja semakin lalai dalam men...ya...zaman sekarang remaja semakin lalai dalam menjalani hidup dengan penuh keseronokkan. masyarakat islam sekarang suka mengambil remeh temeh tentang hukum hakam islam. mereka lebih suka mengikut adat-adat yang dicipta oleh manusia itu sendiri. Saja jugak bersetuju tentang cara berinteraksi,mereka sekarng sudah tidak segan silu melafazkan unsur-unsur perkataan yang mengaibkan diri mereka sendiri. Bahasa percakapan luncah pun sudah tidak dapat ditapis lagi,sedangkan percakapan seseorang itu la yang melambang kan keperibadian seseorang itu..kita sekarang berada di akhir zaman. manusia juga sudah mulai mengikut rentak yang akan diajar oleh dajal, sebagai menyambut kedatangan dajal pada akhir zaman. Akhir kata..buku ini amat bagus untuk semua pihak,lebih-lebih lagi bagi orang yang sudah jauh tersasar dari alam hakiki..wassalammr.zacknoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-4126037385586691732.post-67066821647546896862010-12-15T07:23:33.757-08:002010-12-15T07:23:33.757-08:00ya, saya sokong kenyataan tuan dan ternyata bernas...ya, saya sokong kenyataan tuan dan ternyata bernas.Anonymousnoreply@blogger.com